Pengenalan Nurraysa

Latar Belakang Nurraysa

 

Nurraysa (Nurraysa Global Sdn Bhd (1163494-D) atau dahulunya dikenali sebagai Nurraysa Beauty adalah sebuah syarikat produk kecantikan buatan muslimah yang diasaskan oleh Puan Nur Aini Zolkepeli. Nurraysa mengeluarkan produk kecantikan yang berasaskan bahan-bahan Halal dengan membawa tema MESRA WUDUK. Semua produk keluaran NURRAYSA bebas daripada kimia merbahaya sesuai dengan temanya yang MESRA WUDUK di mana ia mudah dicuci dan boleh dibawa solat.

Bermula hanya dengan modal RM500, kini jenama Nurraysa mempunyai beribu ejen dengan lebih 100 billboard terpasang di sepanjang lebuhraya di seluruh semenanjung Malaysia.

Dengan matlamat untuk mewujudkan peluang bisnes berjemaah, pengasas nurraysa, Puan Nur Aini Zolkepeli komited memberi bimbingan kepada stokis & ejen Nurraysa sehingga mereka mampu membuat jualan 6 angka sebulan!

Alhamdulillah, pada usia 23 tahun Puan Nur Aini telah berjaya mencapai RM1juta sebulan dan telah membantu lebih 5,000 orang jana pendapatan serta berjaya melahirkan 5 orang JUTAWAN pada tahun 2016 & 13 orang JUTAWAN pada tahun 2017.

Nurraysa telah pun muncul di dada akhbar dan pelbagai media seperti Buletin Utama TV3, Assalamualaikum TV9, bermula pada tahun 2014 sehingga hari ini.

 

Asal Nama Nurraysa

 

Nama NURRAYSA merupakan gabungan dari 3 nama depan keluarga pengasas NURRAYSA iaitu :

NUR : Nama awal pengasas sendiri NUR AINI ZOLKEPELI

RAY  : Nama Anak Sulung RAYYAN

SA     : Nama Suami SAIFUL

 

Antara Kelebihan Produk Nurraysa

 

1) MESRA WUDUK:

Tanpa silikon dan tanpa plumbum yang menghalang air sampai ke pori bila berwuduk.

 

2) BEBAS SLES:

SLES digunakan untuk menggalakkan buih keluar lebih banyak tetapi tidak elok untuk kulit kerana untuk kulit sensitif boleh menyebabkan keradangan atau kulit menjadi kering.

 

3) BEBAS PARABEN:

Bahan-bahan ini adalah mimik estrogen. Apabila digunakan pada kulit akan masuk ke dalam aliran darah dan berlaku ketidakseimbangan estrogen. Boleh menyebabkan baligh awal atau menyebabkan masalah pembiakan dalam kedua2 lelaki dan wanita.

 

4) BEBAS PLUMBUM:

Bahan yang boleh menyebabkan bibir kita menjadi hitam apabila dipakai lama kerana ia terdiri daripada toksik logam yang boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser.