PKPB ? PKP Bersyarat ? Apa Syaratnya ?

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat? (PKPB)

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan tentang PKPB,

“Kita masih amalkan PKP dan hanya beri kelonggaran bersyarat. Kalau ada negeri atau syarikat perniagaan yang tak dapat patuhi syarat dan prosedur operasi standard (SOP) dikemukakan atau ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), maka mereka boleh kembali kepada PKP iaitu menggunakan Akta 342.”

Tambahnya lagi,
“Kita hanya beri kelonggaran kepada mereka yang boleh patuh kepada SOP ditetapkan. Kalau yang tak boleh mengikut SOP kekal duduk di rumah, hanya keluar kalau ada urusan penting saja. Penting untuk putuskan penularan Covid-19,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/ (Isnin, 4 Mei 2020)

Jadi Apa 14 Syarat PKPB Kali Ini?

(Bukan 14 baris hehe)

Macam sebelum ini, ada beberapa langkah penjagaan yang perlu dipatuhi untuk PKPB seperti:

 

#PKPB1 Penjarakkan sosial (sekurangnya 1 meter) walaupun di office ber-PKPB

pkpb mask

#PKPB2 Guna topeng mulut dan hidung (mask) apabila keluar, atau pakai je purdah macam founder ni.
pkpb sanitize

#PKPB3 Guna cecair nyah kuman (hand sanitiser) dan basuh tangan menggunakan sabun

#PKPB4 Jaga kebersihan diri macam Nad kat bawah ni sangat patuh pada amalam basuh tangan 20 saat hanya dengan guna Sabun Collagen Nurraysa

#PKPB5 Elakkan tempat tumpuan ramai

#PKPB6 Bersenam untuk kekal aktif dan sihat

#PKPB7 Jika ada demam, selsema, batuk perlu ke klinik

#PKPB8 Jika ada terdedah kepada pesakit COVID-19, perlu laporkan kepada pusat krisis

 

Tapi ada penjagaan tambahan yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan kelahiran kluster-kluster baru ketika PKPB ini  ialah:

#PKPB9 Jika anda ada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kanser, sakit buah pinggang, lelah dan lain-lain penyakit yang melemahkan sistem imun badan dan jika berumur lebih 60 tahun, perlu lebih berjaga-jaga. Ikut jadual pengambilan ubat dan teruskan berjumpa doktor pada masa yang ditetapkan. Kurangkan keluar dari rumah jika tidak perlu walau pun PKPB.

#PKPB10 Individu dan keluarga perlu menjaga pemakanan. Pastikan banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membina sistem imun yang kuat.

#PKPB11 Jika dibenarkan keluar dari rumah untuk bersenam di padang atau di kawasan perumahan, hanya satu keluarga dari satu rumah boleh berada rapat tetapi dengan yang lain perlu penjarakan 2 meter.

#PKPB12 Jika berkemampuan, pergi buat saringan dengan pembiayaan sendiri, sebab semasa PKPB ini kerajaan hanya mampu untuk membuat saringan percuma kepada yang berkemungkinan terdedah dan secara rambang, tetapi tak dapat melakukannya untuk semua. Jika mampu, kita tolong kerajaan.

#PKPB13 Untuk individu yang menjadi majikan atau ketua jabatan, mereka boleh membantu dengan memantau staf di bawah jagaan mereka.

Semasa PKPB, dicadangkan supaya di pintu masuk tempat kerja, boleh diadakan ‘checkpoint’ suhu dan hand sanitiser. Yang demam dihantar ke klinik. Tempat duduk ada penjarakkan sosial. Galakkan semua staf memakai topeng mulut dan hidung selain menjaga kebersihan diri. Jika berkemampuan, bantu semua kakitangan pergi ujian saringan COVID-19. Kita tolong lengkapkan statistik negara dalam ujian penyaringan COVID-19 ini. Terutama untuk majikan spa, gunting rambut, tempat pemakanan dan lain lain yang melibatkan `close contact’ dengan pelanggan, perlu pergi buat saringan.

#PKPB14 Ketua komuniti, contohnya ketua kawasan perumahan atau ketua premis, perlu lebih bertanggungjawab dalam kepatuhan kepada SOP.

Jika ada pelanggaran, mereka perlu memaklumkan dan mengambil tindakan

dengan memaklumkan kepada pihak-pihak berkuatkuasa.

Ingat, #KitaJagaKita #NurraysaPrihatin

 

PALING BEST, NURRAYSA PRIHATIN

Nak anda bantu ubah jalan hidup anda di hari PKPB ni dengan Nurraysa bantu anda dari rumah jer. Nak tahu macam mana?

Klik>>> Saya Nak Nurraysa Bantu Saya Time PKPB ini