Resepi Mudah Butter Chicken

RESEPI MUDAH BUTTER CHICKEN

 

Nak masak untuk lunch tapi tak tahu nak masak menu apa? Kalau boleh nak resepi yang mudah dan ringkas je tapi yang pasti nak sedap.

Eh, eh jangan risau kalau uolls tak ada idea nak masak apa hari ni admin share kan iaitu Resepi Butter Chicken. Senang sangat tau. Nak amsaknya pun tak rumit. Sedap pun sedap. Nah ! resepinya admin share kan di bawah ni;

 

Bahan bahan:

2 bahagian isi ayam – potong kecil
2 sudu besar butter
2 biji cili padi – cincang (tambah kalau suka pedas)
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese -optional
Setengah tin susu cair – (tambah kalau nak lebih kuah)
Garam
Gula
Serbuk lada hitam

Bahan perap:

Garam
2 sudu kecil serbuk kari
1 sudu besar tepung gandum/tepung beras
1 telur

 

Cara cara:

1. Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan kuali dengan butter. Tumis cili dan daun kari sehingga wangi.

3. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

4. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang melekat pada ayam akan memekatkan kuahnya.

 

 

Selamat mencuba !

 

 

Sumber: BuatOrangLapo