Resepi Pilihan : Kari AyamTanpa Santan

RESEPI PILIHAN : KARI AYAM TANPA SANTAN

 

Assalamualaikum, semoga hari anda semua ceria seperti selalu. Untuk harini menu atau resepi pilihan Nurraysa adalah kari ayam tanpa santan. Aik sedap ke masak kari tanpa santan ni? Ha… kalau nak tahu sedap je tau, pekat dia sama je macam kari santan. Lagipun ia memang bagus la kan sebab tanpa santan.

Yang mana pening-pening tu tak tahu nak masak apa untuk lunch ni boleh la try resepi kari tanpa santan ni. Kari ni lebih kurang je macam kari mamak. Tapi lagi sedap sebabnya kita yang masak sendiri kan. Hehehe. So, kalau korang nak try menu ni boleh la tengok resepi di bawah ni.

 

 

 

 

Bahan-bahan untuk Kari Ayam :

  • 6-8 Ketul Ayam
  • 1 Biji Bawang Besar (tumbuk)
  • 3 Ulas Bawang Putih (tumbuk)
  • 1/2 Inci Halia (tumbuk)
  • 1 Kulit Kayu Manis
  • 1 Bunga Lawang
  • 2 Buah Pelaga
  • 1 Pelepah Daun Kari
  • 5 Sudu Besar Serbuk Kari (Campurkan dengan sedikit air)
  • 2 Cawan Air
  • 1 Biji Kentang
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit Air Limau Kasturi
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram

 

 

Cara-cara :

  1. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam. Kacau sebentar.
  4. Masukkan air dan kentang. Biarkan sebentar.
  5. Tambahkan garam, gula dan air limau secukup rasa. Masukkan juga sos tiram. Seimbangkan rasa.
  6. Masak sehingga kentang lembut.

 

Nota :

  • Boleh tambah serbuk kari kalau nak lagi pekat.

 

 

Selamat mencuba!

 

 

Sumber: buatoranglapo