Resepi Pilihan : Kek Milo Kukus

RESEPI PILIHAN : KEK MILO KUKUS

 

Weekend macam ni tak tahu nak buat apa kan untuk menu makan-makan santai. Apa kata jom try buat Kek Milo Kukus ni. Looks yummy sangat uolls. Jom try ! Boleh follow step dekat bawah ni tau ๐Ÿ™‚

 

Bahan-bahan untuk kek milo oreo:

  • 1 cawan milo
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak jagung/masak
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila

 

Cara-cara :

  1. Satukan milo, gula, susu pekat, minyak dan air panas di dalam periuk dan masakkan sehingga semuanya sebati. Ketepikan.
  2. Pukul telur bersama esen vanila sehingga kembang.
  3. Masukkan adunan milo tadi ke dalam telur. Pukul sehingga rata.
  4. Masukkan pula tepung dan gaul sehingga sebati.
  5. Kukus selama 1 jam.

 

Bahan-bahan (Topping) :

  • 1/2 cawan milo
  • 1 sudu mentega
  • 1 sudu air panas
  • 1/2 cawan susu pekat

Cara-cara :

  1. Masakkan ke semua bahan secara double boil sehingga sebati dan pekat.
  2. Tuang ke atas kek yang telah masak.

Nota :

  • Jika menggunakan tepung gandum, tambahkan 1sk baking powder dan 1/2sk soda bikarbonat. Ayak bersama tepung.
  • Boleh gantikan milo dengan serbuk koko untuk membuat topping.

 

 

Sumber: BuatOrangLapo