Resepi Pilihan: Nutella Mug Cake

Cara-cara Membuat Nutella Mug Cake

 

Ini adalah resepi paling mudah, senang dan cepat. Dalam masa 15 minit sahaja dah boleh duduk depan laptop menikmati keenakan coklat dalam mulut.

Meh saya kongsi resepi Nutella Mug Cake dengan anda semua.

Antara antara bahan-bahannya adalah :

  • 4 sudu besar tepung naik sendiri
  •  4 sudu besar gula castor
  • 4 sudu besar gula castor
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar serbuk cocoa
  • 3 sudu besar Nutella
  • 3 sudu besar susu segar
  • 3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung

 

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.

2. Kacau rata sampai sebati.

3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda)

4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan.

Senang bukan? Baca resepi ni seminit pun dah boleh faham. Memang tak sangka dalam masa 2 minit dah boleh masak nutella mug cake ni. Apa anda tunggu lagi. Resepi ni memang sesuai sangat untuk penggemar coklat. Memang 100% rasa coklat. Lagi-lagi ada Nutella.