Resepi Tortilla Sosej Wrap Sedap Habis!

Sosej ialah produk makanan yang diperbuat daripada daging atau ayam kisar, lemak haiwan, garam, dan rempah. Ada juga sesetengah sosej menggunakan ramuan lain seperti herba.

Resepi Tortilla Sosej Wrap

Bahan-bahan:

  • Roti tortilla
  • Telur
  • Tomato
  • Salad
  • Sosej
  • Cheese slice
  • Lada hitam
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Thousand Island Lady Choice

Cara memasak:

  1. Ambil sekeping tortilla, panaskan diatas kuali tanpa minyak. Terbalikkan sehingga kedua-dua belah garing. Alihkan.
  2. Sementara itu, rebus/bakar/goreng sosej anda sehingga masak.
  3. Pukul telur sehingga naik, goreng telur menjadi telur dadar.
  4. Ambil semula tortilla tadi, letakkan telur di atasnya.
  5. Kemudian, letakkan salad dan tomato yang sudah dibersihkan.
  6. Tambahkan sekeping keju dan letakkan sosej diatasnya.
  7. Jangan lupa letakkan sos cili, mayonis, thousand island dan juga lada hitam.
  8. Gulung ia dengan kemas. Potongkan kepada dua atau tiga bahagian.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi sosej yang sungguh enak dan cukup menyelerakan ini dan jangan lupa SHARE resepi sosej ini ya.