Menikmati udara segar dan nyaman di balkoni antara fungsi utama selain ianya menjadi tempat bersantai dan beristirehat sambil minum petang. Selain itu, balkoni juga dilihat sebagai tempat untuk berkarya, berkebun dan bersenam.
Penggunaan perabut yang ringkas dan bersesuaian perlu bagi memastikan ianya tidak menggunakan banyak ruang. Ruang yang sarat dengan perabut akan mencacatkan pemandangan dan keterbatasan aktiviti.
Susun atur perabut seperti sofa / kerusi kayu ringkas dengan meja kecil disamping hiasan bunga-bungaan akan menampakkan kekemasan dan keharmonian rumah itu sendiri. Namun begitu , penggunaan perabut sebegini tidak digalakkan sekiranya ada anak kecil, takut nanti terjatuh.