SALAH TEKNIK SEWAKTU CUCI KULIT WAJAH PUNCA KULIT WAJAH BERMASALAH?

Kebanyakan masyarakat kita seringkali menyalahkan produk adalah punca kulit wajah menjadi lebih teruk dan seterusnya bermasalah! Dalam tak sedar sebenarnya cara atau teknik ketika kita “membelai” kulit wajah yang telah menjadi faktor kulit wajah bermasalah.

 

#1 Cuci wajah terlalu kerap
Sebenarnya kulit wajah kita ni tak boleh dicuci dengan terlalu kerap tau sebabnya ia boleh menyebabkan kulit wajah kita ni menjadi terlalu kering sehingga ia boleh menyebabkan kulit wajah kita boleh kehilangan kelembapan selepas dicuci tau!

So, untuk kulit kering dan sensitif disarankan untuk cuci wajah sekali sahaja samaada pada waktu pagi ataupun malam okay.. Sebabnya kita nak kekalkan kelembapan dekat kulit wajah kita ya! Terutamanya jenis kulit kering, kita taknak kulit kita yang dah serba serbi kering jadi bertambah kering! No no no..

Lain pulak jika uolls jenis oily skin yang mana uolls perlu cuci wajah uolls sebanyak dua kali sehari tau! Firstly,cuci muka pada waktu pagi untuk membersihkan kotoran serta minyak yang kita dah kumpul semasa kita lena dibuai mimpi and then pada waktu malam pula untuk nyahkan semua kotora yang melekat semasa uolls bekerja keras pada waktu siang tadi! Nak nak lagi yang terdedah dengan asap semua tu.. Terutamanya yang jenis suka bermekap lagi laa.. Jangan lupa pakai mekap remover ya! Lepastu baru cuci wajah dengan menggunakan cleanser..

 

#2 Gosok dengan terlalu kuat
Haa, yang ni memang ahkak selalu duk perati je.. Habis ditonyohnya muka tu.. Kalau nak kulit wajah kita nampak cantik nampak gebu, nampak flawless.. kena lah belai slow slow macamana kita belai kereta baru kita.. mesti rasa sayang je nak sental kuat kuat time nak basuh kan sebab takut calar kan??

Seeloknya, sewaktu ingin mencuci wajah lebihkan fokus pada kawasan T-zone yang merangkumi dahi,pipi dan dagu yang mana T-zone merupakan kawasan berpotensi untuk cik jerawat nak membiak dengan jayanya! Dan untuk kulit wajah yang jenis berminyak atau “break out”boleh membuat putaran secara membuat ke bawah ya.. Lain pulak ,untuk kulit wajah yang kering,kulit kusam atau ingin kulit wajah tegang dan awet muda disarankan untuk mencuci wajah dengan urutan membulat ke atas ye!

 

#3 Skrub muka terlalu kerap
Macam kita tahu lah, tekstur skrub yang berbiji menyebabkan ia agak kasar dan cuba uolls bayangkan jika kita terlalu kerap gunakan pada kulit wajah yang gebu ni?? Agak agak macamana laa permukaan kulit wajah kita ni?? Ibaratkan kita gunakan kertas pasir pastu kita duk sental dekat kulit wajah kita ni.. Haa, ngeri kan?? Make sure uolls skrub dua kali seminggu sahaja jangan nak terlebih rajin pergi skrub yek! Jentik karang nak??

 

#4 Peluh dibiarkan kering sendiri
Yang ni juga antara salah satu faktor yang boleh menyebabkan kulit wajah kita boleh breakout! Bukan apa kita tak tahu dalam peluh kita tadi tu ada bendasing atau kotoran lepastu kita pulak biarkan peluh tadi meresap dalam kulit wajah kita pulak.. Haa, boleh bayangkan?? Jadi,sebaiknya kita lap peluh yang dekat kulit wajah kita ni dengan menggunakan tuala atau sapu tangan yang bersih ya..

 

#5 Berkongsi tuala muka dan badan
Haa, ni satu hal lagi! Memang kebanyakan kita yang terlepas pandang bab ni sebab dah terbiasa berkongsi tuala dengan adik beradik sebabnya katanya “sharing is caring” gituuu.. Walhal daripada “sharing is caring” itulah menjadi salah satu penyumbang kepada masalah kulit wajah kita menjadi menggerutu semua tu kan??

Dari mata kasar kita, kita nampak macam bersih je, suci murni je tuala tuu walhal berkeladak dah tuala tu sebenarnya.. Nak nak lagi kalau tuala tu lah lap tubuh badan kita dan tuala tulah yang kita guna untuk lap muka kita.. Bayangkan kekotoran yang kita lap dari badan kita lepastu kita lap dekat kulit wajah kita pulak.. Fuhhh, naik berpinar mata ahkak tauu

So, perkara perkara kecil yang selalu kita terlepas pandang ni lah yang boleh menjadi pendorong kepada kulit kita menjadi bermasalah.. Nak kulit lebih sihat, bersih dan cantik tak semestinya kena pakai produk mahal mahal yek! Sebaliknya habit atau cara penjagaan kulit wajah yang terlebih dahulu perlu diubah ya..