Sebut je suri rumah mesti dalam kepala kita ni fikir tugas mereka hanya jaga anak dan makan minum suami je kan?
Tapi tanggapan tu semua dah boleh buang jauh-jauh, sebab suri rumah sekarang lebih maju dan berjaya walaupun duduk kat rumah!
Nak pula sekarang ni wabak pandemik COVID-19 tengah melanda negara kita, ekonomi rumahtangga mula terjejas disebabkan ramai yang kehilangan punca pendapatan disebabkan wabak ini. Ada yang sampai suami hilang kerja, tak dibayar gaji dan ada yang terpaksa berhenti kerja. Malah kes penceraian semakin tinggi sejak pandemik disebabkan masalah kewangan.
Sebenarnya surirumah pun boleh bantu suami tau.
Banyak je peluang buat bisnes dari rumah untuk surirumah jana pendapatan, ada yang boleh buat jualan hingga jutaan ringgit. Bisnes sekarang lebih mudah, tak perlu keluar pun boleh buat duit hanya dari rumah. Ramai yang kata nak mula bisnes kena ada modal yang banyak, kena bukak kedai, padahal tak perlu tu semua pun boleh berjaya.
Nak share sikit sharing dari seorang suri rumah je boleh jadi jutawan yang mana boleh dijadikan inspirasi kepada semua suri rumah di luar sana.
Jom baca apa rahsia salah seorang Nurraysa Business Associates (NBA) Terengganu iaitu Puan Fatimah Zaharah Mohd Zahib, macam mana dari zero boleh buat jualan sampai RM4 juta!
Buat Bisnes Tanpa Modal Pun!
Siapa sangka suri rumah buat bisnes boleh buat sampai RM4 juta. Ya! RM4 juta bukan satu jumlah yang sikit tau.
Dan yang yang paling awesomenya bila suri rumah ni boleh jana pendapatan dengan tanpa modal pun! Ilmu apa dia guna ni? Dengan keadaan wabak pandemik sekarang ni, macam mana dia boleh survive sedangkan orang lain struggle nak cari duit?
Bisnes Capai 4 Juta
Haa, kisah ni anda kena baca dan ambil inspirasi. Memang awal tu macam tak percaya je, tapi selepas kami cari gali kisahnya, memang betul-betul padu gais!
Puan Fatimah Zaharah Mohd Zahib ini asalnya dari Terengganu. Dia sendiri pun tak menyangka yang permulaan mendaftar sebagai dropship tanpa modal dengan perniagaan Nurraysa, dia berjaya capai RM4 juta! Fuh.
Dulu, dia pun susah, bukan orang senang. Ye lah suri rumah tangga kan. Mana nak dapat duit poket? Jom kita baca lagi kisah wanita hebat ini.
“Saya dan suami mendirikan rumahtangga semasa tahun pertama semasa belajar. Semasa belajar, kami bersusah payah mencari duit poket untuk meneruskan pengajian.”
“Selepas tamat belajar, saya dapat peluang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah dan suami juga telah bekerja. Tetapi, status guru hanyalah kontrak dan lepas tamat kontrak, saya menjadi suri rumah sepenuh masa.”
Kata Puan Fatimah, sebelum dia join Nurraysa, dia pernah menjual bedak Arab tetapi tak bertahan lama sebabnya pasaran bedak Arab mula merosot akibat pengeluaran bedak Arab tiruan dari China.
Banyak juga liku-liku hidup yang dia terpaksa hadapi sebelum sampai ke tahap sekarang ini. Tapi betul lah orang cakap, kalau perempuan ni susah sikit nak kenal erti putus asa. Dia akan buat, buat dan terus buat hingga nampak hasil. Betul tak?
Sama juga macam Puan Fatimah ni, dia tak nak terus duduk di takuk lama, jadi dia terus cari bisnes baru untuk membantu menambah pendapatan keluarga. Dan sebab itulah dia join Nurraysa. Salah satunya sebab anda tak perlu keluarkan modal pun. Nurraysa akan bantu anda sampai berjaya.
“Dulunya memang saya hanya mengharap duit dari gaji suami saja. Duit itulah buat bayar kereta, rumah, dan perbelanjaan harian. Kadang-kadang tu kami terpaksa catu duit perbelanjaan sebab nak tunggu akhir bulan dapat duit gaji suami. Lagi menyedihkan, kami terpaksa berhutang untuk survive di bandar kota raya Kuala Lumpur!”
Hidup Saya Berubah 100%!
Alhamdulilah, selepas Puan Fatimah ditemukan dengan Nurraysa pada 2015 dan bermula sebagai Dropship tanpa modal, kehidupannya terus berubah.
Dan hasil dari sikap tidak mudah putus asa dan rajin, dia terus upgrade dari Dropship kepada Ejen dan menjadi Stokis.
“Semasa saya jadi Stokis, banyak yang saya belajar dan mempersiapkan diri untuk upgrade ke Monster Stokis. Alhamdulillah, kini saya telah mencapai jualan RM4 juta pada tahun 2020!”
Memang power Puan Fatimah ni! Juta tau..bukan puluh atau ratus! Macam mustahil je nak dapatkan jutaan ringgit tu, tapi macam mana dia buat ye? Betul idola lah! Kalau dia boleh, anda pun boleh!
Nurraysa Support Sampai Berjaya
Katanya, bila berada dalam team Nurraysa ni, dia sentiasa bersemangat dan keinginan nak berjaya tu sangat tinggi sebab Founder Nurraysa tak henti-henti support.
“Kehidupan saya memang berubah selepas menyertai Nurraysa. Apa yang best sangat dalam Nurraysa yang mungkin tidak ada pada bisnes lain adalah kami sentiasa dibantu dengan ilmu bisnes secara online dan offline. Founder pula sentiasa upgrade ilmu yang terkini untuk bantu kami setiap masa.”
Jelas Puan Fatimah, dari segi marketing pula HQ-nya memang sangat membantu. Bila dah ramai orang kenal jenama Nurraysa ini membuatkan mereka sebagai pengedar senang nak menjual.
Tambahan pula, wajahnya terpilih oleh Founder Nurraysa untuk sama-sama berada di billboard yang menghiasi lebuhraya seterusnya mengukuhkan lagi branding dan marketing Nurraysa.
“Saya bersyukur diberi peluang bersama Nurraysa.”
Banyak Impian Tertunai
Setiap orang ada impian kan. Nak rumah besar, kereta besar dan macam-macam lagi impian. Capai dengan tak tercapai jer… Siapalah nak sangka, suri rumah yang buat bisnes dari rumah pun boleh jadi jutawan. Betul kagum dengan Puan Fatimah ni.
“Alhamdulilah, walaupun saya bermula dari Dropship tanpa modal, telah banyak impian saya tertunai setelah bersama Nurraysa. Antaranya saya dapat tunaikan umrah bersama suami, dapat miliki kereta Toyota Alphard 100% hasil duit dari bisnes Nurraysa.”
“Kemudian, dapat pergi bercuti ke Korea, Bandung, Thailand, Perth Australia dan seluruh Malaysia dengan hasil berbisnes bersama Nurraysa.”
“Dan pada penghujung Disember lalu, saya telah menerima sebuah kereta Toyota Vellfire ZG yang bernilai RM330,000 secara PERCUMA dari HQ! Alhamdulilah.”
Betul mantap lah! Dah jadi jutawan, lepastu dapat beli kereta mewah, dapat pergi bercuti luar negara lagi. Betul mimpi jadi kenyataan. No wonder lah, dia berterima kasih sangat pada Founder Nurraysa iaitu, Puan Nur Aini Zolkepeli sebab beri peluang ni kepadanya.
Anda pun boleh jadi macam Puan Fatimah ni tau!
Anda Pun Boleh Berjaya!
Seronok sangat bila tengok orang yang berjaya ni. Tapi kalau kita asyik tengok kejayaan orang je sampai bila? Teringin juga nak ada rumah sendiri, bawa kereta mewah, bahagiakan orang tersayang. Cuba bayangkan kalau anda boleh capai semua benda ni. Alahai mengalir air mata jadinya!
Siapa je tak nak berjaya, siapa je tak nak ubah hidup sendiri dan bantu keluarga? Semuanya atas kita juga untuk buat tindakan. Kalau ada peluang macam ni, memang kena cepat grab.
Macam Puan Fatimah cakap, kita perlu ada sebab yang kuat kenapa kita nak buat bisnes dan apa impian kita yang kita nak capai. Jangan pernah putus asa bila ada masalah dan cabaran yang datang. Anggap ia adalah satu proses untuk kita berjaya. Terus fokus dan konsisten buat sampai dapat.
Jom Berjaya Bersama Nurraysa
Untuk maklumat semua, Nurraysa baru-baru ini ada menyediakan platform bina perniagaan secara PERCUMA tanpa modal hanya dari rumah je. Misi Nurraysa nak bantu lebih ramai suri rumah untuk meningkatkan ekonomi diri & keluarga, jana pendapatan untuk bantu keluarga dan keluar dari kesusahan.
Nurraysa menyeru para surirumah diluar sana yang terkesan dengan pandemik ini dengan menyertai ‘Jom Bina Perniagaan dari Rumah bersama Nurraysa’ SECARA PERCUMA!
Tak perlu modal, tak perlu simpan stok, HQ pos terus kepada pelanggan, tak perlu keluarkan modal, tak perlu ada kedai dan yang paling menarik, setiap awal bulan boleh dapat komisyen terus dari HQ.
Bukan itu je, HQ juga menyediakan latihan dan bimbingan secara PERCUMA, ilmu bagaimana nak jana pendapatan dengan mudah hanya dihujung jari. Ilmu tersebut anda dapat secara langsung dari Founder & Presiden Nurraysa, iaitu Puan Nur Aini Zolkepeli setiap hari.