TEKNIK MAKEUP UNTUK KULIT GELAP
Walaupun anda berkulit gelap, itu tidak bermakna anda tidak boleh nampak cantik setelah memakai make up. Cara make up yang betul dan sesuai ataupun serasi dengan warna kulit anda mampu mengubah penampilan anda menjadi lebih mempersonakan.
Berikut tips make up untuk kulit gelap yang boleh anda praktik.
Langkah 1
Pilih gaya solekan yang tidak jauh dengan warna kulit yang gelap itu. Jangan sesekali cuba mengubah warna kulit gelap anda itu untuk tampil cerah dengan memakai foundation atau bedak yang tebal.
Langkah 2
Jika anda suka memakai foundation atau bedak, gunakan warna yang bertona kuning langsat. Hindari warna kemerahan kerana ia akan membuatkan kulit anda kelihatan seperti terbakar. Pilihlah bedak dengan warna yang seangkatan lebih gelap dari kulit atau seangakatanlebih muda daripada warna kulit. Sapukan pada seluruh wajah, telinga dan juga leher.
Langkah 3
Untuk pemerah pipi, pilihlah warna apricot ataupun peach. Tetapi jika kulit anda lebih gelap, sebaiknya pakai pemerah pipi tona keemasan yang dipadukan sedikit dengan warna coklat pekat.
Langkah 4
Aplikasikan eyeshadow atau pembayang mata dengan warna lembut seperti bronze, kuning muda dan coklat pekat. Kombinasi warna tersebut akan meninggalkan efek yang lebih fresh.
Langkah 5
Pilih lipstik yang paling dekat dengan warna kulit anda seperti coklat susu, pink lembut, plum gelap. Jika anda suka memakai lipgloss, pilih warna coklat pekat.
Take Note!
Memakai make up atau bersolek, bukan bermakna mengubah warna kulit. Sebaliknya menutupi kekurangan dan menonjolkan kelebihan pada wajah. Hindari pemakaian warna kontra pada eyeshadow, pemerah pipi dan juga warna lipstik.