Wanita sering inginkan padanan yang sesuai apabila hendak bergaya. Bukan setakat padanan dari segi aksesori seperti beg tangan dengan warna baju atau sebagainya. Namun, melalui make up juga wanita mengiinginkan padanan make up yang sesuai dengana aksesori yang mereka pakai pada hari tersebut. Tetapi, ada juga wanita yang mengambil berat untuk memadankan make up yang dipakai dengan warna kulit. Jangan tak percaya bagi anda jejaka diluar sana, wanita bukanlah seorang yang merumitkan akan tetapi wanita adalah mereka yang unik :p
Lipstick
Bila dah sentuh hal make up ni, tentunya antara barangan make up yang basic yang tidak boleh dipisahkan bagi wanita adalah lipstick. Tapi lipstick yang bagaimana yang ingin dipakai oleh wanita? Warna apa yang sesuai? Ha… kalau nak tahu jom kita tengok di bawah ini antara warna lipstick yang sesuai dengan warna kulit.
Lipstick Untuk Kulit Cerah
Coklat muda dengan sedikit rona merah jambu untuk penampilan yang ceria.
Warna jernih atau honey untuk nampak natural.
Coklat tua untuk nampak matang dan menyerlah.
Lipstick Untuk Sawo Matang
Untuk kulit lebih menonjol, pilih coklat tua.
Coklat karamel untuk penampilan natural.
Lipstick Untuk Kuning Langsat
Coklat kemerahan untuk nampak segar.
Merah hati untuk nampak matang
Gabungkan warna coklat dan plum untuk tampil menggoda.
Lipstick Untuk Kulit Gelap
Rangkaian warna coklat sesuai untuk warna coklat yang lebih gelap.
Dan warna merah gelap untuk nampak lebih menonjol.
Tapi kalau korang taknak pening-pening, boleh cuba PEARL MAGIC LIPSTICK Nurraysa di mana warnanya hanya satu dan warna lipstick tersebut adalah bergantung kepada pH kulit anda. Magic ke magic? Best tau, selain warnanya yang mengikut pH kulit, ia juga mampu membantu bibir anda menjadi lembap sepanjang masa selain daripada rasa mint nya yang boleh membuatkan bibir kita tidak kering dan menggelupas. So, kalau korang berminat boleh la terus WhatsApp kami di 013-666 5554 untuk order 🙂
Sumber: sajakongsi