Tips Memilih Make Up Remover Mengikut Jenis Kulit

Tips Memilih Make Up Remover 

 

Membersihkan wajah selepas seharian beraktiviti adalah kewajipan. Jika tidak, bekas makeup dan kotoran akan menyumbat liang-liang pori kita sehingga membuat wajah berjerawat dan banyak masalah kulit lain. Apakah membersihkan wajah dari makeup hanya cukup dengan sabun pencuci wajah? Hmm, untuk pembersihan sempurna memang diperlukan produk pembersihan makeup khusus yang lembut. Lalu, bagaimana ya caranya memilih makeup remover yang tepat?

CLEANSING WATER / MICELLAR WATER

Jenis makeup remover ini sesuai untuk kulit sensitif. Cleansing water atau micellar water akan menghapuskan makeup anda, tetapi mungkin anda memerlukan dua hingga tiga kali usapan untuk benar-benar menanggalkan sisa makeup. Kami mengesyorkan untuk menggunakan cleansing atau micellar water ini untuk membuang sisa maskara waterproof anda.

 

CLEANSING OIL

Makeup remover berbahan dasar minyak ini sesuai untuk kulit kering. Cleansing oil akan membantu anda menyeimbangkan minyak berlebihan yang ada pada wajah. Bila dibilas, biasanya cleansing oil akan berubah menjadi sabun. Sesuai untuk menghapuskan makeup waterproof kerana tekstur minyak akan menanggalkan bahan-bahan makeup tersebut.

 

OIL-BASED MAKEUP REMOVER

Jika anda mencari makeup remover dengan formula standard yang boleh menghapuskan sisa makeup dalam sekali usap, pilih oil-based makeup remover. Tidak seperti cleansing oil, makeup remover jenis ini berbahan dasar air. Anda tidak akan merasakan berminyak semasa menggunakannya, tidak seperti cleansing oil.

 

MAKEUP WIPES

Jenis makeup remover ini seperti tisu basah. Sesuai digunakan semasa melancong. Sangat praktikal digunakan. Jangan lupa untuk menutup penutup rapat-rapat kerana produk ini sensitif terhadap udara.

 

EYE MAKEUP REMOVER

Mengapa saya harus membeli produk makeup remover yang berbeza untuk mata? Mata merupakan kawasan yang sensitif sehingga anda memerlukan makeup remover dengan bahan yang lebih ringan dan lembut berbanding kawasan wajah yang lain. Untuk makluman lanjut boleh klik link tersebut untuk dapatkan Nurraysa Fast Clean Eye Makeup Remover

 

Sumber: Ainul Mustafa