Tips Memilih Minyak Wangi

TIPS MEMILIH MINYAK WANGI

 

Minyak wangi atau perfume merupakan salah satu aksesori tidak kira lelaki mahupun wanita yang boleh menunjukkan identiti bagi seseorang itu dari segi bauannya. Ada sesetengah antara kita yang setia kepada satu jenis minyak wangi sahaja. Jadi, apabila pakai untuk pergi ke mana-mana pun rakan-rakan anda sudah boleh tahu itu adalah anda dari segi bau nya. Memilih minyak wangi yang sempurna bagi tubuh anda merupakan proses eksperimen berbentuk peribadi.

 

 

1. Cuba minyak wangi pada waktu tengah hari

Jika anda ingin membeli minyak wangi, aku cadangkan anda mencuba minyak wangi pada waktu tengah hari. Ini kerana deria bau kita berada pada tahap optimum pada waktu ini. Dengan ini anda dapat memilih minyak wangi yang tepat dan sesuai dengan anda.

 

 

2. Ketahui bau kegemaran anda. 

Jurujual minyak wangi biasanya mempunyai pengalaman tentang jenis-jenis minyak wangi dan mereka mampu memberi cadangan berdasarkan kegemaran anda. Jika anda sukakan bau buah-buahan, beritahu kepada jurujual mengenai kegemaran anda tersebut. Untuk lebih detail lagi beritahu jenis buah yang anda suka seperti oren, strawberry dan sebagainya. Mereka akan mencadangkan minyak wangi yang sesuai dengan anda.

 

 

3. Jangan cuba terlalu banyak minyak wangi

Hidung anda tidak boleh menilai bau minyak wangi dengan menghidu terlalu banyak wangian. Bagi mengelakkan anda menyesal tersalah pilih minyak wangi yang tidak sesuai, hadkan mencuba dua atau tiga minyak wangi sahaja. Daripada tiga itu pilih satu minyak wangi yang anda rasa sesuai dengan anda. Banyak sangat bau, pening kepala.

 

 

4. Jangan terlalu gelojoh membeli minyak wangi

Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas pemakaian. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus beli. Apa kata pergi survey, jalan-jalan dahulu dan  tunggu beberapa minit untuk memastikan anda dapat membuat keputusan yang baik. Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.

 

 

5.Elakkan memakai minyak wangi sebelum memilih

Jika anda memang bercadang membeli minyak wangi elakkan dari memakai minyak wangi dari rumah. Lebih-lebih lagi jika anda menyembur minyak wangi pada pergelangan tangan anda. Ini kerana campuran dua minyak wangi ini dikhuatiri akan menjejaskan bau sebenar dan komposisi minyak wangi yang ingin anda cuba. Elok-elok nak beli tu, bau sama pulak dengan perfume yang asa.

 

 

 

Amacam mudah je kan tips ni? Lepasni kalau nak pilih perfume yang macam mana boleh la follow tips di atas ni. Perfume Nurraysa pun ada tau. Bau nya sangat best. Boleh grab bagi siapa yang berminat. Contact je kami di 013-666 5554 untuk order 🙂

 

 

 

Sumber: zikrihusaini