5 Tips Mendekorasi Bilik Tidur Kanak-kanak Untuk Jangka Masa Panjang

5 TIPS MENDEKORASI BILIK TIDUR KANAK-KANAK

UNTUK JANGKA MASA PANJANG

 

 

Untuk mendekorasi ruang bilik tidur kanak-kanak sangat lah mudah. Ini kerana temanya yang kebiasaannya tidak lari dengan karakter atau watak kartun yang diminati oleh kanak-kanak tersebut. Warna dinding  atau sekitar bilik tidur anak perlulah memainkan peranannya dengan menggunakan cat atau warna yang cerah. Keadaan ini sesuai dengan umur anak-anak. Ibu bapa juga tentulah menginginkan dekorasi anak-anak nya dapat bertahan sehingga dewasa.

 

Jadi di bawah ini admin akan share kan sedikit tips yang dapat membuatkan dekorasi semasa kanak-kanak seiring dengan perkembangan usia mereka.

 

1. JANGAN TERLALU FOKUS KEPADA TEMA KANAK-KANAK

  • Tema untuk bilik tidur anak biasanya adalah karakter atau watak lakonan kartun kegemaran mereka seperti Frozen, Power Rangers dan sebagainya. Namun begitu, tema seperti ini hanya akan nampak menarik waktu itu sahaja. Ada masanya kartun itu sudah tidak digemari lagi. Jadi jangan sampai anda menghias ruang bilik tidur anak dengan wallpaper, perabut yang terlalu mengikut tema kartun tersebut jika anda ingin berjimat dan tidak ingin membeli atau menggantikan tema baru pada masa yang terdekat.

 

2. DEKORASI YANG INTERAKTIF

  • Dekorasi yang interaktif sangatlah digalakkan untuk anak-anak. Ini kerana melalui deko tersebut dalam pada masa yang sama, anak-anak dapat belajar. Sebagai contoh, rak mainan anak-anak yang diletakkan label jenis mainan membolehkan anak-anak belajar untuk mengemas dan menyusun semula mainan yang telah digunakan dengan rapi. Jadi, ia amat sesuai untuk usianya di akan datang pula dengan menggantikan rak mainan tadi kepada rak menyimpan pakaian dan meletakkan label pakaian pula. Mudah bukan?

 

3. WARNA SECUKUPNYA

  • Walaupun kanak-kanak sukakan pelbagai warna yang cerah, namun jika ingin mendekorasi bilik anak jangan lah terlalu banyak warna yang cerah. Ini boleh membuatkan suasana bilik menjadi serabut. Disarankan gunalah dominasi warna pastel dan matte yang sesuai.

 

4. PERABUT YANG DIGUNAKAN BERUKURAN DEWASA

  • Apabila anda menggunakan perabot yang bersaiz dewasa, ia boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang iaitu apabila mereka telah dewasa kelak. Jadi, anda tidak perlu membeli perabot baru lagi.

 

5. DEKORASI DINDING

  • Hiasan untuk dinding boleh dipilih yang agak neutral dan sesuai untuk semua umur, misalnya gambar peta.

 

Jadi, semoga tips kali bermanfaat untuk anda yang sedang mencari idea untuk deko bilik anak-anak. Selamat mencuba!

 

 

Sumber: media.rooang