Tips Pemakaian Mascara Dengan Mudah dan Tidak Comot


Tips Pemakaian Mascara Dengan Mudah dan Tidak Comot

Mascara merupakan satu produk makeup yang boleh menonjolkan penampilan mata. Jadi, sebab itulah ramai wanita yang memberikan sentuhan yang lebih pada keindahan matanya. Percayalah, anda boleh tampil menawan jika tahu cara pakai mascara yang tepat tanpa sebarang cacat cela.

 

Penggunaan mascara dapat membantu membuatkan bulu mata menjadi lebih lentik dan cantik sehingga membuatkan mata kita kelihatan lebih menawan.

Bagi anda yang tidak biasa atau kurang mahir memakai mascara, perlu lebih gigih berlatih untuk mencubanya bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

 

Pilih Mascara

Sebelum membeli mascara, pastikan anda telah mengenali bentuk berus mascara, jenis serta effect yang anda mahukan. Memanjangkan, menebalkan, waterproof atau yang tidak bergumpal. Penggunaan berus atau sikat mascara yang tepat ketika memakai mascara akan mempengaruhi hasil solekan mata anda. Mascara yang bentuk berusnya lurus digunakan untuk menambah volume dan memanjangkan bulu mata. Manakala bentuk berus yang melengkung pula akan membuatkan bulu mata kelihatan lebih lentik ketika menggunakan mascara.

 

Gunakan Mascara Sesuai Bentuk Mata

Untuk mendapatkan hasil solekan yang natural, cara pakai mascara yang tepat adalah dengan mengaplikasikan pada bulu mata bahagian atas. Kurangkan atau hindari pemakaian mascara pada bahagian bawah. Tetapi, jika bentuk mata anda termasuk dalam kategori jenis kecil, anda disarankan memakai mascara pada bahagian bawah mata, namun jangan setebal bahagian atas ya.

 

Tahan, Jangan Berkedip

Cara pakai mascara supaya tidak comot yang perlu anda praktik, cuba tahan mata selama 5 saat tidak berkedip setelah anda memakai mascara. Tujuannya adalah supaya mascara yang dipakai kering sehingga kesan hitam atau comot-comot di sekeliling mata tidak terjadi.

 

Pakai Penyepit Bulu Mata

Bulu mata yang disepit dapat membuatkan effect mata kelihatan lebih menyerlah dan lebar.  Kepitlah bulu mata sebelum memakai mascara agar bulu mata lebih lentik.

 

Jaga Kebersihan Berus

Cara pakai mascara yang perlu anda titikberatkan bagi mendapatkan hasil yang bagus, pastikan anda selalu menjaga kebersihan berus mascara. Cuci bahagian yang bergumpal. Paling kurang, bersihkannya seminggu sekali dan elakkan memakai mascara yang sama lebih dari empat bulan.

 

 

Sumber: Mamanet

 

mascara nurraysa
mascara nurraysa