TIPS PEMILIHAN MAKEUP UNTUK KULIT YANG BERJERAWAT
Kulit berjerawat tapi risau nak pakai makeup. Sebab kita rasa makeup tu la punca timbulnya jerawat di muka. Tapi mestilah teringin juga la kan nak pakai makeup, atleast satu dua produk untuk buatkan muka tak nampak kusam. Sebenarnya, bagi admin banyak faktor yang boleh menjadi punca yang perlu kita tengok untuk kulit jenis berjerawat ni. Salah satunya adalah makeup.
Berbalik entry pada sebelum-sebelum ni, tentunya akan menjadi punca kulit berjerawat jika kita tidak membersihkan makeup sebelum tidur. Ini kerana ia akan membuatkan liang pori tersumbat dan seterusnya menyebabkan jerawat timbul. Tapi jangan risau, bagi anda yang mempunyai masalah yang sama seperti di atas tapi nak juga pakai makeup, harini admin akan kongsikan beberapa tips bagi anda antara pemilihan makeup untuk kulit yang berjerawat.
- ELAKKAN GUNA PRODUK YANG BERASASKAN ALKOHOL ATAU MEMPUNYAI PEWANGI BERLEBIHAN
Tips ni sesuai untuk semua jenis kulit tapi kulit berminyak dan kulit berjerawat lagilah kena alert bab ni. 2 bahan ni antara yang akan sebabkan breakout lebih teruk . Better elakkan. Biasanya kita akan memilih foundation pekat dan concealer stick nak tutup cela seperti jerawat,breakouts tapi hati-hati ia mungkin lebih merosakkan kulit muka.
- ELAKKAN PRODUK MAKEUP TEBAL
Contohnya foundation jenis stick,krim dan bedak. Kebiasaannya bahan yang terkandung dalam produk macam tu berbentuk tebal dan agak tak sesuai untuk yang ada masalah kulit muka breakout berjerawat.
PEMILIHAN MAKEUP UNTUK KULIT YANG BERJERAWAT
- Cari produk makeup yang ada fungsi SPF. Pilih yang bertektur ringan untuk memudahkan apply pada kulit muka. Sebagai contoh, foundation ada SPF. Bonus kalau dapat yang ada fungsi antioksidan,boleh kurangkan risiko kulit lebih bermasalah.
- Dalam memilih foundation dan concealer,gunakan yang berbentuk cecair atau water based sebab ia akan buat lebih tahan lama daripada yang berkrim dan sesuai untuk kulit berminyak dan breakouts.
- Bab blusher dan bronzer,better guna yang berbentuk powder atau serbuk. Lebih sesuai. Kalau gel dan cecair,akan menyebabkan kulit Nampak tak sekata, pori terbuka. Kalau yang bertekstur krim pun tak berapa sesuai sebab ia akan lebih melembapkan kulit dan sebabkan nampak lagi berminyak seterusnya liang pori mula tersumbat.