TIPS SOLEKAN MATA YANG NATURAL
Kebanyakan wanita yang bekerjaya sukakan makeup yang sederhana, tidak terlalu heavy namun nampak ringkas dan lebih natural walaupun bermakeup. Solekan pada mata juga boleh menaikkan seri di wajah supaya hasilnya nampak lebih cantik dan natural tanpa solekan yang berlebihan.
LANGKAH 1 : Pembayang Mata
- Anda perlukan tiga warna pembayang mata iaitu tona tanah yang cerah, sederhana cerah dan gelap. Sapukan tona cerah bermula dari garisan bulu mata sehingga ke bawah kening.
- Kemudian, sapukan pembayang mata dengan tona sederhana cerah. Tona sederhana cerah adalah definisi kepada warna natural, jadi anda tidak perlu meratakan pembayang tersebut.
- Untuk tampak lebih gelap, sapukan pembayang mata tona gelap di garisan mata yang berkedut untuk menampakkan pembayang mata tersebut sekata dengan warna cerah tadi.
LANGKAH 2 : Penggaris Mata
- Gunakan penggaris mata yang berona gelap untuk menggariskan sepanjang hujung kelopak mata.
- Pastikan garisan yang anda oles menggunakan penggaris mata pada bahagian atas kelopak mata dan bawah garisan bulu mata bertemu pada hujung mata.
- Juga pastikan penggaris mata itu tersebut kering kerana jika tidak ia akan menyebabkan penggaris mata comot di sekitar kelopak mata.
LANGKAH 3 : Maskara
- Gunakan pelentik bulu mata sebelum memakai maskara.
- Oles maskara bermula dari akar bulu mata sehingga ke penghujung bulu mata.
- Sapu beberapa lapis maskara agar bulu mata tampak lebih lentik dan tebal.
Sumber : Eh!