TIPS UNTUK MENGATASI MASALAH JERAWAT
Banyak cara yang dilakukan orang untuk menghilangkan jerawat. Ada yang pergi spa, yang buat facial di salon atau klinik kecantikan ternama hingga membeli produk-produk bagi menghilangkan jerawat.
Bagi anda yang ingin mengatasi jerawat dengan modal yang murah, cubalah menggunakan bahan-bahan alami yang telah terbukti mampu mengatasi masalah jerawat, walaupun kesannya tidak secepat produk anti jerawat yang dijual di pasaran.
Jom ikuti Tips Untuk Mengatasi Masalah Jerawat yang sedang alami. InsyaAllah dari hari ke hari kulit muka anda akan pulih.
1. Jaga pemakanan. Elakkan makanan yang berminyak
2. Amalkan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Boleh educate anak-anak kita untuk makan sayur dan buah
3. Sebelum tidur, pastikan mencuci kulit muka dan free kan dari make up. Jangan tidur dalam keadaan muka kita bermake up
4. Elakkan make up dalam jangka masa yang panjang terutama wanita yang datang bulan. Sebab tidak bersolat, make up tidak dicuci dan dibiarkan dari pagi hingga ke petang.
5. Persekitaran hendaklah bersih. Selalu bersihkan kawasan dari habuk dan kotor
6. Banyak minum air kosong. Kurangkan minum air manis
7. Bagi yang ada resdung, kurangkan makan seafood
8. Amalkan skincare yang tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya contoh merkuri, hidrokunion. Sila lihat sama ada skincare ada kelulusan dari KKM ke tidak sebelum memilih skincare.
Jadi, saya mengajak anda semua cubalah Set Skincare Nurraysa yang dijamin tiada bahan kimia berbahaya dan telah mendapat kelulusan KKM serta disahkan HALAL daripada Jakim.