Nurraysa-HatYai-Trip2-2019 (1)

13 Tempat Menarik Di Hatyai! Nurraysa Dah, Anda?

 Travel 3 Hari 2 Malam Ke 13 Tempat Menarik Di Hatyai Hanya Bawa Sehelai Sepinggang Je?

Ye, mereka2 ni semua pergi ke Hatyai pada 1-3 November yang lepas bawa diri dan anak2 je tau. Melainkan ada yang nak shopping tu sahajalah baru pakai duit sendiri!

Nak tahu macam mana cara pergi ke tempat2 menarik kat video atas ni pun boleh berjimat? Teruskan baca kat bawah ni..

Pertama: Sah & Berjaya mendaftar sebagai Pengedar Nurraysa yang sah. (Nak daftar? Klik SINI)

Okay perjalanan Team Nurraysa bermula dari Terminal Bas Sentral kat Kuala Lumpur terus je naik bas ke Hatyai. Ye kite naik bas 5 bintang ke Hatyai tau. Tu pun boleh jimat dan selesa macam naik flight. Cuma lama sikit perjalanannya naik bas ni. Dalam 11 – 12 jam jugak dengan makan dan solat semua. Yang penting selamat dalam perjalanan, pergi dan balik. Gittew~

13 Tempat Menarik – Hatyai

  1. Nora Plaza
  2. TamRab Restaurant
  3. Yannaty Hotel
  4. Spa Thai Odyssey
  5. Khlong Hae Floating Market
  6. Khlong Hae Seafood BBQ
  7. Asean Night Bazaar
  8. Chang Puak Camp
  9. Tang Kuan Hill Lift Station
  10. Masjid Pusat Songkhla
  11. Samila Beach
  12. Hamee Dee Restauran
  13. Lee Garden Plaza

Extra: Kilang Kacang di Ranu Kohyo, Songkhla

1 . NORA PLAZA

Best giler bila pergi Hatyai je terus shopping tak ingat apa dah. Yelah, lepas seharian naik bas dan celik2 mata je terus shopping. Cerah mata kami semua, mengantuk semua hilang hehe..  Tak percaya? Tengok muka masing-masing kat bawah ni betapa excited-nya masing2 kat Nora Plaza ni.

Haaa, amacam? Tak nampak macam baru celik mata kan? Haahaha tulah, bila shopping ni (nak2 lagi wanita) memang hilang semua penat dan mengantuk tu. Terbukti ye di sini.. Alhamdulillah masing-masing sekurang-kurangnya belanjakan dalam 400 Bath juga kat sini. Okay next?

2 . TAMRAB RESTAURAN

Lepas penat2 shopping di Nora Plaza, semua ahli team Nurraysa yang capai Reward Hatyai kalini di belanja makan kat TamRab Muslim Restauran di Hatyai. Paling best, restauran ni boleh jalan kaki je dari hotel kami duduk. Makanan tak payah cakaplah, kat sini Nurraysa HQ dah reserve siap2 buffet untuk pengedar yang join trip ni. Mereka tinggal cedok nasi dan lauk je. Seronok ke seronok?

3. YANNATY HOTEL

Alhamdulilah dah kenyang isi perut semua, Stokis dan Monster Stokis Nurraysa di sambut ramah oleh Founder, merangkap CEO Nurraysa bersama suaminya COO Nurraysa di lobi Yannaty Hotel. Paling best, masuk2 je terus ade refreshment, air herba tempatan dan di sarungkan bunga masing2. Kerlasss.. Lepas tu semua naik bilik dan rehat secukupnya je sebab ada aktiviti lagi menarik lepas tu wow!

Seterusnya yang paling best apa yang pengedar2 hebat Nurraysa dapat kat hotel ni selain dari layanan 4 bintang, Nurraysa HQ dah set dinner baik punye untuk mereka pada malam kedua di coffee house hotel dengan sedikit surpise untuk Monster Stokis atau NBA Puan Syazwani Hamid sampai beliau tersipu-sipu malu pada malam itu. Surprise sangat Puan Wani kita, alhamdulillah..

4 . SPA THAI ODYSSEY

Seronoknya, dah penat2 badan travel terus dapat urutan untuk hilangkan semua penat travel dan shopping tadi tu. Syukur.. terima kasih Nurraysa. Paling specialnya urutan tu siap boleh tido, nampak keenakan diurut tu kan. Alhamdulillah..

5 . KHLONG HAE FLOATING MARKET

Perghh, pasar terapung pulak. Double triple seronok mereka bila shopping makan2 kat Khlong Hae Floating Market ni. Yelah mana pernah Founder bisnes2 ni turun makan dan shopping bersama-sama dengan stokis dan monster stokis dia yang lain kan. Eksklusif sangat.. Supporting bossku ni.

6 . KHLONG HAE SEAFOOD BBQ

Dah shopping kudap2 kat atas tadi, WAJIB try pulak seafood2 fresh di Khlong Hae Seafood BBQ ni lagi paduuuu.. Ye, mereka ambil semua seafood ni semua HQ bayarkan tau. Depa tunggu ngap je ni. Terbaikk!

        

7 . ASEAN NIGHT BAZAAR

Tak habis di Songkhla je makan2, kite sambung di Asean Night Bazaar untuk makan lewat malam (supper) dan urut2 kaki ye. Betul, makan lagi hehe.. Kalau travel, tak makan memang tak sah. Betul ke betul? Haa betul kan? Tak baik tipu. “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.” Ini bermaksud, bila kita ke tempat orang kena cuba dan sesuaikan diri dengan budaya di sana. Sebab itu kena cuba makanan apa yang ada di negeri orang, baru fefeeling jadi orang tempatan. Gitteww~

8 . CHANG PUAK CAMP

Gayat ke gayat naik gajah yang bergoyang-goyang ni? Allahuuu.. takut dan gayat tu tak perlu ceritalah kan. Rasa gayat tu tuhan je yang tahu. Tapi tulah, experience baru ni bagus sebenarnya. Kita boleh dapat belajar banyak benda2 baru. Alhamdulillah.. Chang Puak Camp ada banyak sangat aktiviti yang semua jenis umur ahli keluarga boleh main ialah:

  1. Memanah,
  2. ATV
  3. Menembak
  4. Menaiki gajah
  5. Bergambar dengan singa putih
  6. Bagi makan anak gajah
  7. Pertunjukan buaya
  8. Pertunjukan gajah

9 . TANG KUAN HILL LIFT STATION

Alamak, kat Tang Kuan Hill Lift Station ni siapa yang berani naik tu okay. Disebab sini banyak pokok2 yang jadi habitat monyet, so bagi admin menakutkan sikit hehe dan paling menarik siap ada Kafe Monyet tau kat sini. Tapi bila naik je Lift Station ni anda akan nampak pemandangan penuh songkhla dengan berlatarkan dinding yang didekorasi dengan konsep ‘cinta’.

10 . MASJID PUSAT SONGKHLA

Di masjid Pusat Songkhla ni orang panggil “Taj Mahal” Songkhla.. Nampak kan fefeeling bergambar macam di India gittew. Tak sampai India, kita pergi sini dulu. Muka masing2 masih ada senyum tau walaupun di tengah panas lit-lit ni. Terima kasih Nurraysa!

Nurraysa-HatYai-Trip2-2019 (21)   Nurraysa-HatYai-Trip2-2019 (20)

11 . SAMILA BEACH

Di Samila Beach ni masing2 beraktiviti sendiri dengan keluarga masing2. Semua Stokis dan Monster Stokis Nurraysa gembira shopping ole2 untuk ahli keluarga yang lain. Sebab apa? Sebab dapat murah tau bila dapat kedai yang betul. Lagi best bila habis shopping dapat naik kuda dan bergambar depan mermaid di pantai.

12 . HAMEE DEE RESTAURAN

Bestnya dapat makan sama-sama dengan boss dan leader2 stokis dan monster stokis yang hebat di Hamee Dee Restaurant kat Songkhla ni. Restauran pun hipster dan kontemporari je dengan menu pun siap di sponsor oleh HQ ada ikan siakap 3 rasa. Padduuuu boss.. Sampai2 sahaja mereka terus dihidangkan dengan makanan yang memang meleleh air liur.

13 . LEE GARDEN PLAZA

Sesudah makan malam bersama Founder Nurraysa di coffee house Hotel Yannaty dan dapat sijil pencapaian sale yang dibuat sebelum ini, stokis dan monster stokis yang masih tak kehabisan tenaganya meneruskan ke Lee Garden Plaza bersama-sama ahli keluarga dan Founder Nurraysa. Ye kat sini pun masih makan-makan dan shopping dengan jayanya. Selepas pasti semua kenyang dan puas hati, barulah kita pulang ke hotel untuk berkemas sebelum pulang ke Malaysia keesokan harinya.

EXTRA: KILANG KACANG

Hari ini ialah hari terakhir. Hari terakhir kami di Hatyai baru berpeluang ke Kilang Kacang. Alah, kacang yang dalam tin ada banyak perisa tu. Haa ye kami pergi Kilang Kacang di Ranu Kohyo, Songkhla. Masing-masing sekurang-kurangnya beli seaweed, magee thailang dan wajib kacang berperisa tu 1 bakul untuk di bawa pulang untuk orang yang tersayang. Dan alhamdulillah selepas 9 jam perjalanan dari Hatyai ke Terminal Bersepadu Sentral, Bandar Tasik Selatan Selangor, semua ahli keluarga Stokis dan Monster Stokis Nurraysa selamat sampai di Malaysia bersama-sama saguhati daripada Founder.

   

Nak jadi salah seorang daripada mereka, daftar je ejen baru harini! Harini tau, sebab esok, you bertindak lambat, inshaAllah resultnya pun lambat.

Ingat tau, Aini nak jumpa anda di wassap. Jumpa kat sana!