3 Tips Dapatkan Database Pelanggan

3 TIPS DAPATKAN DATABASE PELANGGAN

 

Database is king!


Kalau tak ada database customer, anda tak dapat nak communicate dengan customer sedia ada. Jadi, sangat penting database ini kepada usahawan-usahawan dalam perniagaannya. Ini kerana melalui database yang disimpan akan lebih memudahkan usahawan atau peniaga untuk kongsikan apa-apa info berkaitan aktiviti perniagaan dan pemasaran yang dijalankan kepada customer mereka sedia ada. 

 

Macam mana nak dapatkan lebih banyak database daripada bakal customer dan customer sedia ada? Jom baca dibawah!

 

 

#1 BUAT TAWARAN EKSKLUSIF

  • Sekali sekala anda perlu buat tawaran lain daripada lain untuk bakal pelanggan anda. Caranya adalah minta bakal pelanggan anda taip KOD tertentu dan hantar ke nombor WhatsApp anda. Daripada situ, anda sudah dapat database pelanggan. Pastikan tawaran yang anda buat itu adalah BENAR ya.

 

 

#2 SEDIAKAN BORANG MAKLUMAT PELANGGAN

  • Jika anda buka booth/karnival/event, sediakan borang maklumat pelanggan kepada pengunjung yang datang ke booth anda. Pastikan mereka menulis maklumat dengan betul dan tepat supaya anda boleh menghubungi mereka selepas sesi jualan di booth.

 

 

#3 TEKNIK REFERRAL

  • Teknik ini boleh digunakan kepada pelanggan yang sedia ada. Minta pelanggan anda perkenalkan produk anda kepada rakan-rakannya yang lain. Pelanggan anda akan dapat komisyen daripada hasil referral tadi jika rakan-rakannya membeli produk dari anda. Anda juga akan dapat database melalui teknik referral ini. Impak yang besar akan berlaku jika anda betul betul mempraktik teknik ini dengan konsisten!