3 Perkara Yang Harus Dilakukan Sebelum Make Up

3 PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN SEBELUM MAKE UP

 

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan pentingnya proses persiapan sebelum memakai makeup. Padahal, proses persiapan tersebut akan membuatkan makeup lebih bagus dan boleh tahan lama seharian di wajah. Ditambah makeup akan menampakkan lebih sempurna dan membuat wajah menjadi lebih cantik hasil pemakaian makeup.

 

Selain itu, pentingnya proses persiapan sebelum melakukan makeup tentunya juga akan menjadi rutin harian yang dilakukan setiap kali ingin memakai  makeup.

 

Berikut ada 3 perkara yang perlu anda lakukan sebelum memakai makeup.

 

1. Bersihkan wajah dengan facial wash

  • Perkara ini penting untuk anda terapkan sebelum memakai makeup. Ketika wajah sudah dicuci dengan air, kemudian cuci kan pula dengan menggunakan facial wash, wajah anda akan terasa segar. Hal ini pun membantu agar makeup yang dipakai nampak sempurna di wajah. Bukan itu sahaja, dengan membersihkan wajah dengan facial wash sebelum makeup, ia boleh membuang segala kotoran yang mengendap di pori-pori dan membuat wajah juga jadi lebih bersih dan segar.

 

2. Memakai masker atau scrub wajah

  • Dengan menerapkan hal ini, juga termasuk salah satu proses terbaik untuk menjadikan wajah lebih bersih sebelum memakai makeup. Tambah-tambah lagi  menerapkan masker dan scrub dari bahan-bahan semula jadi dan itu akan lebih bagus.
  • Nak mudah dan jimat korang boleh la gunakan Softening Facial & Body Jelly Scrub Nurraysa. 

 

 

3. Memakai ais batu pada wajah

  • Hal yang sangat mudah dan boleh dilakukan sebelum memakai makeup iaitu dengan memilih memakai ais batu pada wajah, kesejukan ais batu yang dipakai di wajah boleh menjadikan wajah terasa segar. Jadi, muka akan jauh lebih tenang dan nyaman untuk diapply kan makeup.

 

 

Sumber: Bintang.com