Jom Kenali 3 Jenis Blusher Yang Tepat untuk Makeup

JOM KENALI 3 JENIS BLUSHER YANG TEPAT UNTUK MAKEUP

 

Selama ni kita tahu jenis blusher berbentuk macam powder je kan? Sebenarnya tahukah anda, sekarang ni dah terdapat pelbagai jenis blusher yang ada di pasaran. Tidak kisahlah dari segi bentuk, warna dan juga semestinya setiap daripadanya mempunyai kelebihan dan peminatnya yang tersendiri. Setiap jenis blusher juga akan memberikan hasil yang berbeza-beza kepada penggunanya. Nak tahu 3 jenis blusher yang admin sebutkan sebelum ni? Jom check it out !

 

 

#1 POWDER

  • Powder blush adalah bentuk blusher yang paling umum diketahui & menjadi pilihan ramai pengguna di luar sana. Rata-rata powder blush hadir dalam pelbagai pilihan warna yang sangat cantik jika hendak dibandingkan jenis blusher lainnya. Powder blush dapat berbentuk padat atau compact powder blush seperti blusher keluaran Nurraysa sendiri iaitu SHINING MINERAL BLUSHER atau berbentuk seperti loose powder blush.
  • Blusher jenis ini sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, terutama jenis kulit berminyak kerana bentuk powder akan membantu menyerap kelebihan minyak pada kulit, sehingga hasilnya lebih tahan lama.

 

 

 

 

#2 CREAM & MOUSSE

  • Cream blush akan memberikan hasil yang lebih natural. Dikemas dalam bentuk cair, pot atau stick, cream blush dapat diaplikasikan menggunakan jari sehingga sangat praktis untuk touch-up.
    Pada dasarnya, cream blush lebih sesuai untuk kulit normal hingga kering. Jika kulit anda berminyak, sebaiknya anda mengaplikasikan powder blush setelah cream blush.

     

     

#3GEL

  • Blusher berbentuk gel terasa ringan dan mudah digunakan. Sayangnya, jenis blusher ini kurang tahan lama, dan kurang pigmented sehingga susah untuk terlihat pada kulit gelap. Jika ingin menggunakan gel blusher, pastikan anda sering touch-up, dan pilih warna yang lebih bold seperti merah agar warnanya nampak lebih jelas.

 

 

#4 STAIN

  • Cheek stain dapat menyelesaikan masalah bagi anda yang sedang mencari blusher yang tahan lama. Dikemas dalam bentuk cair mahupun stick, cheek stain sangat pigmented, bahkan hingga meninggalkan stain atau rona kemerahan pada kulit. Umumnya, produk cheek stain sekaligus berfungsi sebagai lip stain.
  • Karana sifatnya yang tahan lama, cheek stain sesuai untuk semua jenis kulit, asalkan dalam keadaan lembap. Kerana produk ini cepat menempel di kulit, anda harus segera menggunakan cheek stain dengan cepat. Kebiasaannya warna untuk cheek stain terdapat dalam warna merah, pink, dan peach saja.

 

 

Haa.. macam mana? mesti uolls semua baru tahu juga kan yang sebenarnya blusher terdapat dalam pelbagai jenis. Jadi, bolehlah anda buat pilihan yang sesuai untuk jenis kulit anda. Nak best lagi, anda boleh gunakan SHINING MINERAL BLUSHER Nurraysa yang mana sangat mudah untuk digunakan. Dap dap kan je sebab telah disertakan sekali dengan span. Best ke best? Jom dapatkannya dengan pengedar yang berdekatan dengan anda !

 

 

 

Sumber: beautynesia