5 KELEBIHAN BERNIAGA SECARA ONLINE
Seiiring dengan kemajuan negara kita, teknologi juga semakin canggih dari hari ke hari. Terdapat pelbagai jenis teknologi yang mana jika digunakan sebaik mungkin memberikan kelebihan dan kemudahan kepada kita lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan sekarang ini. Dalam duni perniagaan sekarang memang ramai yang menggunakan pelbagai kemudahan teknologi bagi membolehkan mereka membuat jualan dengan lebih mudah dan berkos rendah. Jom kita lihat apa lagi kelebihan berniaga secara online ni.
#1 MODAL YANG RENDAH
-
Berbanding membuka kedai fizikal yang memerlukan anda membayar ratusan atau ribuan ringgit untuk menyewa kedai, modal awal yang diperlukan untuk berniaga secara dalam talian jauh lebih murah. Keperluan asas yang diperlukan adalah capaian internet. Sekiranya anda ingin memasarkan produk, untuk peringkat awal boleh gunakan medium percuma seperti pemasaran melalui blog dan laman sosial. Boleh juga mulakan dengan mana-mana perniagaan menjadi sebagai ahli pengedar yang tidak memerlukan modal seperti dropship.
#2 SEGMEN PASARAN LEBIH LUAS
- Dengan capaian internet, anda boleh mendapat segmen pelanggan yang dijual. Sebagai contoh, walaupun permulaaan bisnes anda sebagai penjual produk kosmetik yang mulanya hanya spesifik kepada pengguna di kawasan Kuantan sahaja tapi dengan adanya capaian internet dan teknologi seperti facebook ataupun instagram membolehkan anda membuat pengiklanan di situ. Keadaan ini sekaligus dapat meluaskan pelanggan anda yang tidak hanya terhad kepada rakyat seluruh Malaysia sahaja malah mungkin juga pelanggan daripada antarabangsa.
#3 KURANG RISIKO
- Antara kerisauan peniaga yang membuka kedai fizikal adalah ketidakmampuan untuk mendapatkan keuntungan yang mencukupi untuk membayar sewa. Dengan meniaga secara online, anda tidak perlu menyewa kedai lagi. Untuk membuat pemasaran secara dalam talian, anda boleh membuat pemasaran dengan menggunakan cara berbayar seperti pengiklanan melalui Facebook Ads, Google Adwords atau beberapa medium lain. Medium pengiklanan ini juga fleksibel di mana ianya bergantung kepada modal dan kemampuan anda sahaja.
#4 MASA YANG FLEKSIBEL
- Sekiranya anda membuka kedai, selalunya anda terpaksa membuka kedai pada waktu pagi dan tutup pada lewat petang atau malam. Sekiranya andalah yang menjaga kedai tersebut, maka masa anda terikat dengan dengan waktu perniagaan anda. Berniaga secara online memberi anda masa yang fleksibel. Sebab itulah ianya menjadi pilihan bagi suri rumah yang ingin menjana pendapatan dengan menjual secara dalam talian. Sambil menjaga anak, sambil buat duit.
#5 BEBAS BERADA DI MANA-MANA
- Dengan berniaga secara online ini, di mana-mana anda pergi pun masih boleh menjalankan perniagaan. Anda tidak perlu berada di sesuatu tempat dalam masa yang lama. Cukup dengan gajet yang bagus dan capaian internet, anda boleh menguruskan perniagaan anda di mana-mana anda berada!
Amacam? tertarik tak untuk buat bisnes secara online? Haa… kalau ingin mulakan tindakan berbisnes bolehlah join TEAM NURRAYSA. Kami telah membantu lebih 5,000 orang suri rumah dalam menjana pendapatan yang mana hanya mulakan bisnes dari rumah sahaja. Best ke best? Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh la ke link ini https://nurraysa.com/bbbnurraysa/ atau terus hubungi kami di talian http://www.wasap.my/60109585565. Kami akan membantu anda sehingga berjaya !
Sumber: iluminasi.com