Malam hari adalah waktu yang paling penting untuk merawat kecantikan wajah. Walaupun di malam hari kulit anda tidak terancam kesan merosak dari sinar ultra violet, tetapi ternyata waktu anda tidur, kulit akan memperbaharui. Sel-sel kulit yang mati dan rosak akan digantikan dengan yang baru. Agar prosesnya dapat memproses sempurna, anda harus memperhatikan beberapa hal berikut.
1. Bersihkan makeup dengan sempurna
Agar pori-pori anda terbuka dan kulit dapat berehat dari bahan kimia dalam kosmetik, sebelum tidur selalu amalkan untuk membersihkan seluruh makeup di wajah. Gunakan kapas dan cleanser supaya semua sisa makeup hilang. Setelah itu bilas wajah atau gunakan toner. Walaupun seharian ini anda tidak mengenakan makeup, pastikan tetap membersihkan wajah, kerana aktiviti yang anda lakukan sejak pagi menyebabkan kuman dan kotoran menyinggah di permukaan kulit. Jika tidak dibersihkan, lambat laun akan timbul jerawat.
2. Pakai pelembap (moisturizer)
Waktu tidur pun kulit tetap perlu pelembap. Ketika tidur, pori-pori kulit terbuka sehingga lebih mudah menyerap nutrisi daripada waktu pagi dan siang hari. Anda boleh menggunakan krim malam yang sesuai untuk jenis kulit anda. Pilih yang formulanya ringan dan tidak menyebabkan blackhead (non-comedogenic). Lakukan urutan lembut waktu apply agar peredaran darah lancar.
3. Minum air putih
Tidak hanya dari luar, kelembapan kulit juga perlu dijaga dari dalam. Untuk itu minumlah segelas air putih sebelum tidur. Air putih dapat membantu meneutralkan garam dan bahan-bahan tidak sihat dalam makanan yang anda ambil sehingga kulit terjaga dari kekusaman. Tak ada salahnya kalau anda juga mengambil vitamin E.
4. Ganti sarung bantal
Anda harus rajin menggantikan sarung bantal, setidaknya seminggu sekali. Kenapa? Kerana bantal yang anda tidur setiap hari adalah tempat ideal untuk pembiakan kuman. Sisa makeup di wajah serta minyak dan kotoran di rambut selama berhari-hari melekat di sana. Jika wajah anda yang sudah bersih melekat pada sarung bantal yang tidak diganti, dengan itu kuman dan bakteria tersebut akan berpindah ke kulit wajah.
5. Tidur berkualiti
Tidur cukup dan nyenyak adalah rahsia utama agar kulit tetap dalam keadaan yang sihat. Pastikan waktu tidur anda cukup. Biasakan tidur tanpa membiarkan lampu menyala, kerana hal itu dapat merangsang kerja hormon yang memperbaharui sel tubuh anda.
Ini antara yang harus anda kerjakan di malam hari sebelum tidur agar kulit tetap menawan keesokan harinya. Boleh juga menggunakan Argan Whitening Moisturizer untuk kulit nampak sentiasa lebih kekal lembap dan sihat sempurna. Selamat mencuba.