4 Jenis Minyak Wangi Paling Mahal Di dunia Tapi Cuba Tengok Yang No 3 !

4 JENIS MINYAK WANGI PALING MAHAL DI DUNIA

 

Benda yang wangi-wangi ni memang ramai orang sukakan? Yelah siapa je yang tak suka bau wangi-wangian. Mungkin bagi sesetengah orang, wangian yang digunakan amat penting yang mana ia melambangkan kecantikan dan juga dapat meningkatkan keyakinan dan ketrampilan seseorang individu. Dapat kita lihat di dalam pasaran pada masa kini terdapat pelbagai jenis minyak wangi yang ada dan harga kebiasaannya adalah bermula daripada RM50 dan ke atas. Mungkin juga ada yang harganya bawah daripada tu kan?

 

Tapi untuk harini admin nak kongsikan antara 4 jenis minyak wangi yang paling mahal di dunia. Di dunia okay bukan di dalam negara. Hehe. Untuk info uolls juga, harga minyak wangi yang paling mahal ini mungkin bersamaan dengan harga sebuah banglow. Wow sangat kan? Jom check it out !

 

 

#1. DKNY Golden Delicious Million Dollar Fragrance – RM4.3 juta

  • Wow RM4.3 juta. Boleh tahan harga buat kita menangis. Haha. Ia merupakan hasil kerjasama antara DKNY dan pereka barang kemas popular, Martin Katz, maka terhasilah perfume termahal di dunia iaitu Golden Delicious Million Dollar Fragrance. Dijual dengan harga RM4.3 juta, apa yang membuatkan perfume ini mahal adalah botolnya, yang dihiasi dengan 200 bentuk nilam kuning, lebih dari 2,000 bentuk berlian putih, berlian merah jambu, berlian biru laut, berlian berbentuk ros, sebentuk rubi 3 karat. Pada tudung botol minyak wangi pula dihiasi dengan berlian kuning 2.43 karat. Mungkin pembeli minyak wangi ini boleh jual balik botol ini bila duit simpanan dah habis. Huhu.

 

 

2. Clive Christian Imperial Majesty – RM193,446 (100ml)

  • Merupakan hasil daripada Clive Christian, “Imperial Majesty” berada di tangga ke-2 senarai minyak wangi paling mahal di dunia. Minyak wangi “Imperial Majesty” ini dijual dalam kuantiti 16oz (473ml) dengan harga RM915,000 bersamaan RM1934 bagi setiap 1ml. Botol minyak wangi ini pula bukannya botol biasa yang anda boleh tinggal merata-rata kerana tudungnya mempunyai salutan emas dan berlian 5 karat. Dan dianggarkan setiap semburan Imperial Majersty berharga RM160, mungkin lebih mahal dari baju yang anda pakai. Hanya 10 unit sahaja dihasilkan. Sangat limited edition.

 

 

3. INSPIRED BY FLORA

  • Ahaaa admin kenalkan dengan anda produk terbaru keluaran Nurraysa iaitu minyak wangi yang dikenali juga sebagai INSPIRED BY FLORA. Sangat wangi yang mana hasil daripada ekstrak bunga. Bukan itu sahaja, reka bentuknya yang kecil sangat sesuai untuk di bawa kemana-mana sahaja. Dan apa yang best sekali ia bebas alkohol dan boleh di bawa solat. Harganya juga sangatlah berbaloi tidak seperti minyak wangi yang admin kongsikan di atas. Mampu milik oleh setiap peringkat umur iaitu RM39.90. Murah ke murah? Haa rugi sangat kalau uolls tak grab cepat-cepat sebab perfume Nurraysa ni sangtalah limited. Dah habis stock memang kita tak ada pengeluaran yang baru dah 😉

 

 

4. Coco Mademoiselle – RM60,200 (100ml)

  • Coco Mademoiselle adalah koleksi Les Grand Extrais dari jenama fesyen terkenal, Chanel. Minyak wangi ini mempunyai bauan bunga yang sangat sesuai untuk wanita dan dijual dengan harga RM602 bagi setiap mililiter ketika dilancarkan.

 

 

 

Sumber: Iluminasi.com