4 Khasiat Epal Hijau

KHASIAT EPAL HIJAU

Tahukah anda bahawa sebiji epal mengandungi banyak khasiat buah untuk kesihatan. Bahkan epal juga digunakan sebagai buah-buahan ‘favourite’ untuk diet menurunkan berat badan. Epal mempunyai kadar lemak yang rendah, tetapi serat yang ada dalam buah epal sangat tinggi. Serat inilah yang akan membantu anda berasa cepat kenyang. Kalori bagi sebiji epal 154 g, mempunyai lebih kurang 80 kalori.

 

Antara Khasiat Epal Hijau

1. Mengatasi Masalah Sembelit

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem penghadaman. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

 

2. Kaya Dengan Sumber Mineral Dan Vitamin

Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan serta mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu mengekalkan kulit berseri dari dalam.

 

3. Mengandungi Karbohidrat

Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.

 

4. Makanan Tinggi Serat

Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman di dalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air.

Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, epal hijau juga mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan ‘diaretic’.

 

Khasiat Lain Epal Hijau

Ternyata, epal hijau mengandungi antioksidan yang tinggi dan ia juga dapat membantu menurunkan kadar kolestrol jahat. Rendahnya kolestrol jahat ini akan melindungi anda daripada pelbagai penyakit. Antaranya, penyakit jantung, mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi, menstabilkan gula dalam darah serta  sebagai agen anti kanser.