4 TIPS MEMBUAT TAMAN BUNGA DI RUMAH
Jika anda ingin memiliki dan membuat taman bunga di halaman rumah, perkara yang perlu anda tahu adalah tentang cara yang bagaimana yang membolehkan taman bunga anda nampak indah. Pemilihan dari segi temapat, ubah suai hiasan, jenis bunga yang ingin di tanam pelrulah bersesuaian dengan keadaan sekeliling rumah anda. Ini kerana, membuat taman bunga di rumah bukan sahaja untuk mencantikkan keadaan rumah tetapi juga dapat membuatkan udara di sekitar rumah anda menjadi segar.
Sebenarnya tidak lah terlalu susah untuk menghasilkan taman bunga yang indah. Anda hanya perlu mengetahui beberapa tips yang tepat untuk membuatnya. Di bawah ini, admin kongsikan tips nya untuk anda.
Pemilihan Tempat Yang Bersesuaian
-
Pemilihan keadaan tempat untuk menanam mestilah bersesuaian dengan tema atau idea yang anda inginkan. Perhatikan keluasan tempat yang anda pilih kerana pemilihan tempat akan mempengaruhi keseluruhan reka bentuk hiasan tanaman anda. Katakan tempat yang anda pilih itu tidak luas atau besar, maka tanaman yang sesuai yang boleh ditanam adalah tanaman yang tidak terlalu besar dan tidak cepat berkembang dengan banyak.
Menentukan Reka Bentuk Taman Bunga
- Selepas selesai mememilih tempat untuk anda membuat taman bunga, kini tibalah saat untuk anda menentukan pula reka bentuk taman bunga anda. Jadi, untuk menentukan reka bentuk taman anda, perhatikan keadaan sekeliling di taman anda. Pemilihan warna yang wujud di tempat tersebut juga dapat menentukan reka bentuk taman yang anda inginkan.
Menambah Aksesori Hiasan
- Untuk membuatkan taman bunga anda nampak lebih cantik, aksesori hiasan tambahan bagi reka bentuk tanaman di situ juga amat penting. Ini akan menonjolkan lagi penampilan taman bunga anda dengan adanya aksesori hiasan tambahan sebagai penyeri taman. Contohnya adalah seperti air pancut, kolam ikan, batu-batu alam, rumput dan sebagainya. Jadi, taman anda itu juga nanti akan membolehkan anda duduk berehat melepaskan penat lelah bekerja dengan keadaan tanaman yang segar dan indah.
Memilih Jenis Tanaman yang Sesuai
- Perkara ini merupakan perkara atau tips yang sangat penting dalam membuat taman bunga. Anda tidak boleh menanam tanaman mengikut suka hati anda. Gunakan tanaman yang bersifat penghias dan juga boleh memberi manfaat kepaa diri anda sendiri. Contohnya seperti tanaman jenis benzene, formaldehida yang tidak hanya menjadi tanaman penghiasa namun memiliki manfaat untuk menyerap polisi udara di sekitar rumah anda.
Mudah sangatkan tips ni ? Semoga tips di atas membantu anda di luar sana yang ingin membuat taman bunga di rumah. Selamat mencuba!
Sumber: Renovasirumah