Resepi Cheese Brownies

CHEESE BROWNIES

 

Bahan Brownies:

400gm coklat masakan (guna dark chocolate)
150gm butter
100gm tepung naik sendiri
50gm gula castor
100gm gula perang
30gm serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
4 biji telur gred A

 

Cara-cara:

1. Cairkan coklat masakan dan butter secara double boil.
Gaul rata (bahan A).

2. Pukul telur bersama gula castor, gula perang, esen vanila (bahan B).

3. Dalam bekas lain, satukan koko dan tepung naik sendiri dan ayakkan (bahan C).

4. Masukkan bahan A ke dalam B. Kacau rata. Kemudian masukkan bahan C sedikit demi sedikit ke dalam
adunan A dan B tadi. Gaul rata.

5. Oleskan loyang dengan mentega dan alaskan dengan kertas pembakar (baking paper). Tuang adunan
brownies ke dalam loyang.

6. Bakar brownies ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 180°C
selama 30-40 minit @ sehingga masak.

Nota: Simpan sedikit adunan brownies untuk hiasan.

 

Bahan Cheese:

350 gram cream cheese
1 cawan gula
1 biji telur
1 sudu kecil jus lemon

Cara-cara :

1. Putarkan cream cheese bersama gula sehingga rata.

2. Masukkan pula telur dan jus lemon dan putar lagi sehingga berkrim.

3. Letakkan cheese diatas brownies yang telah masak dan buatkan corak marble menggunakan lebihan
adunan brownies tadi.

4. Bakar lagi 10-15 minit pada suhu 150-160°c menggunakan api atas sahaja.

 

 

Okay, siapa untuk dihidangkan. Selamat mencuba !

 

Credit : buatoranglapo