5 Cara Menipiskan Bibir Tebal

Anda berbibir tebal dan mahu memiliki bibir nipis yang seksi. Jadi, anda perlu tahu cara menipiskan Bibir yang tepat. Tips ini khusus bagi anda yang mempunyai bibir tebal dan mahu memperbaiki penampilan agar kelihatan lebih menarik dan cantik.

Berikut beberapa cara menipiskan bibir tebal agar kelihatan lebih menawan yang boleh anda cuba.

Lakukan Senaman Bibir

Senaman bibir dikatakan boleh membuatkan bibir anda nipis jika dilakukan secara teratur. Senaman bibir ini dilakukan dengan cara membuka mulut luas-luas kemudian menutupnya kembali atau boleh juga melakukan yoga yang dipanggil “Lion’s Breath”.

Tekap Bibir Dengan Ais Batu

Cara ini memang tidak boleh menghasilkan bibir yang nipis secara kekal. Sebelum anda mengenakan make up di wajah hanya perlu tinggal menekap-nekap bibir dengan ais batu selama beberapa minit agar otot bibir berkerut dan bibir jadi kelihatan lebih tipis.

Gunakan Pensil Bibir Ketika Bersolek

Ketika anda bersolek atau bermekap dan sebelum memakai lipstik, pakailah pensil bibir yang warnanya beza sedikit lebih tinggi daripada warna bibir anda. Ia akan membuat bibir anda kelihatan lebih nipis. Tapi, pastikan anda tidak memakai pensil bibir itu dengan tebal.

Hindari Memakai Lipgloss

Cara menipiskan bibir yang juga boleh anda cuba, ketika anda mengenakan mekap, sebaiknya hindari lipgloss kerana dengan memakainya ia akan membuat bibir anda kelihatan lebih tebal. Segala sesuatu yang glossy akan membuatkan efek bibir tebal. Sebaliknya, gunakan saja lipstik dengan warna neutral dan cerah untuk memberikan kesan bibir nipis.

Jangan Suka Menggigit Bibir

Ramai yang tidak sedar bahawa perbuatan suka menggigit-gigit bibir atas atau bawah boleh memberikan efek penebalan pada bibir. Jadi, elakkan ok!