5 JENIS BEKALAN MAKANAN SIHAR KANAK-KANAK KE SEKOLAH

 

Pengambilan makanan di sekolah amat penting bagi setiap kanak-kanak kerana kesannya kepada tahap tenaga dan daya tumpuan kepada pelajaran serta mempengaruhi tabiat makan dan tumbesaran. Jadi, ibu-ibu terutamanya perlu menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kanak-kanak semasa di sekolah kerana kita khuatiri makanan yang diambil oleh kanak-kanak semasa sesi persekolah (waktu rehat) tidak di ambil dengan seimbang.  Di bawah ini terdapat 5 Jenis Bekalan Makanan Sihat yang boleh anda sediakan utnuk anak-anak anda 🙂

 

 

Hidangan utama (bagi kanak-kanak yang makan tengah hari di sekolah atau tidak sempat bersarapan)

 

Sandwic sihat

Nasi atau mi goreng

 

 

Buah dan sayur

Bekalkan juga buah segar seperti pisang, jambu, epal, lai atau limau. Ada kanak-kanak yang gemar sayur segar seperti lobak merah, timun dan sengkuang.

 

 

Susu

Minuman susu dalam kotak sama ada susu biasa atau berperisa harus menjadi bahan tetap yang dibekalkan ke sekolah. Ia mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan oleh kanak-kanak. Pastikan bekalan susu dikendalikan dengan sempurna. Selepas minum, lebihan susu hendaklah dibuang untuk mengelak keracunan makanan.

 

 

Snek berkhasiat untuk masa rehat

Snek ringan juga adalah penting, terutama bagi waktu rehat. Bekalkan biskut, kek, sandwic atau kuih tempatan yang berkhasiat serta buah-buahan. Kurangkan pilihan snek yang manis, masin dan berlemak

 

 

Air kosong

 

 

Jadi, lepasni tak perlu pening-pening lagi nak fikir jenis makanan apa nak dibuat untuk bekalkan pada anak-anak. Pastikan anak-anak mendapat makanan yang sihat dan seimbang semasa di sekolah sekaligus menjadikan pengajaran dan pembelajaran mereka berjalan lancar. Selamat mencuba!

 

 

 

Sumber: MyHealth