5 Perkara Gadis Berhijab Selalu Buat Dalam Penjagaan Rambutnya

5 PERKARA GADIS HIJAB SELALU BUAT DALAM

PENJAGAAN RAMBUTNYA

 

Rambut yang dikatakan sebagai mahkota setiap wanita bukan sahaja penting bagi mereka yang freehair, malah ia penting juga untuk wanita atau gadis yang berhijab. Tidak dapat dinafikan, penjagaan rambut bagi mereka yang berhijab adalah lebih rumit berbanding mereka yang freehair. Namun, awas ! walaupun begitu, anda tidak boleh memandang enteng terhadap penjagaan rambut anda dengan mengatakan rambut anda tidak dilihat oleh orang ramai.

 

Jangan, jangan begitu. Walaupun kita bertudung atau berhijab kita seharusnya perlu menitikberatkan tentang penjagaan rambut yang rapi bagi menglakkan rambut bermasalah seperti kusut, berbuah dan sebagainya.

 

Tahukah anda terdapat perkara-perkara yang anda sendiri tidak sedar yang anda lakukan setiap hari yang membuatkan rambut anda bermasalah. Nak tahu apa? Jom check it out !

 

 

MENGIKAT RAMBUT TERLALU KETAT

  • Kesan: Jangan pelik jika lihat helaian rambut tertinggal di getah rambut. Masalah rambut gugur juga akibat dari tabiat mengikat rambut terlalu ketat dan merosakkan akar rambut
  • Solusi: Ikat rambut anda dengan getah rambut yang sedikit longgar. Jangan ikat ponytail terlalu tinggi, ikatan rambut rendah beri ruang untuk rambut bergerak.

 

 

RAMBUT BASAH SEBELUM PAKAI TUDUNG

  • Kesan: Rambut terkepam sehingga menyebabkan bau masam dan mulai berbuah. Jika terlalu kerap dengan tabiat ini, lama-kelamaan kulit kepala mula naik kelemumur!
  • Solusi: Tukar rutin mencuci rambut pada waktu malam atau anda memang suka cuci pada waktu pagi, ambil sedikit masa untuk keringkan dengan pengering rambut.

 

 

MALAS SIKAT RAMBUT

  • Kesan: Hujung rambut mula kusut dan tidak melancarkan aliran darah kepala diakhiri anda sentiasa mengalami sakit kepala.
  • Solusi: Sikatlah rambut anda, siapa lagi yang hendak sikat kalau bukan anda sendiri! Rajinkan tangan untuk sikat rambut sebelum memakai tudung dan selepas membuka tudung. Biar rambut rapi walaupun dalam keadaan bertutup.

 

 

IKAT RAMBUT SEMASA TIDUR

  • Kesan: Masalah keguguran mungkin semakin teruk. Akar rambut boleh lemah sekiranya 24 jam anda mengikat rambut dan kulit kepala juga akan terdedah kepada tarikan yang kuat dan saluran darah kepala boleh terjejas.
  • Solusi: Simpul atau tocang longgar rambut mu sebelum baring, tak perlu guna getah rambut pun!

 

 

MALAS TUKAR ANAK TUDUNG

  • Kesan: Apalah guna kalau pakai tudung harga beratus ringgit tapi anak tudung didalam sampai seminggu tidak diganti yang baru. Kesan peluh pada anak tudung boleh membuatkan rambut dan kepala berbau. Selain itu, bakteria pada anak tudung juga boleh menyebabkan jerawat.
  • Solusi: Tukar anak tudung seeloknya selepas dua kali penggunaan.

 

 

 

Haa..macam mana? baru perasan apa yang anda dah lakukan pada rambut anda selama ni? Tidak terlambat untuk anda betulkan kesilapan anda sebelum ni. Jadi, jagalah rambut anda sebaiknya 🙂

 

 

 

 

Sumber: wanista.com