5 PETUA SEMULAJADI LICINKAN KULIT WAJAH


#1 TOMATO

Ahaa, tomato ni bukan boleh makan je tau! Nak guna untuk licinkan kulit wajah pun boleh !  Macam kita tahu laa tomato ni memang sudah terkenal dengan amalan penjagaan kulit sejak dari dahulu lagi dan memang terbukti, kulit akan kekal mulus jika uolls selalu mengamalkannya.

Caranya :

Kisar beberapa biji tomato sehingga menajdi pes kemudian tekap pada muka atau bahagian kulit yang tidak sekata selama 10 minit. Lakukan setiap hari untuk mendapat kulit licin dan sekata

 

#2 LEMON

Antara khasiat didalam lemon adalah enzim di dalam jus lemon dapat membuang sel-sel mati di kulit uolls dan secara tak langsung dapat membantu mengurangkan parut malah mampu melembutkan serta melicinkan kulit uolls. Kalau uolls jenis oily skin atau mengalami masalah kulit berminyak so sangat sangat sesuai tau

Caranya:

Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut atau pada kulit yang tidak sekata. Kemudian uolls biarkan selama 10 minit dan bilas. Boleh dilakukan setiap hari

Kemudian , cara yang kedua anda boleh campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul sehingga sebati dan sapu pada muka. Biarkan selama 10 minit kemudian bilas. Amalkan sekali atau 2 kali seminggu

 

#3 MADU

Madu sebenarnya mempunyai mineral, vitamin dan juga antioksidan yang tinggi yang membantu melicinkan kulit wajah uolls. Campurkan madu bersama putih telur dan pukul sehingga ia menjadi masker, dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 10 minit dan bilas seperti biasa.

Cara kedua, uolls boleh campurkan satu sudu besar madu dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan seluruh muka dan bairkan kering. Kemudian, basuh muka dengan air suam. Amalkan 2kali seminggu ya!

 

#4 SERBUK TEH

Minuman teh terkenal kerana manfaatnya kepada kesihatan seperti melancarkan peredaran darah, menyegarkan badan, dan membuang toksik.Kebiasaannya orang kita ni selepas meminum teh, kita akan terus membuang uncang teh tersebut.

Nanti dulu! Jangan buang lagi tau!! Jom kita guna untuk scrub tau

Caranya :

Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan pada muka. Biarkan selama 3 minit, selepas itu cuci muka dengan air suam

 

#5 Beras pulut

Amino Asid dan Vitamin yang terkandung dalam beras pulut sebenarnya menjadikan ia sebagai agen pencerahan terbaik untuk kulit. Sememangny ia mampu mencerahkan kulit baik diamalkan secara memakannya atau menggunakan beras sebagai masker dan skrub tau!

Caranya :

Kisarkan sedikit beras pulut sehingga menjadi serbuk. Tambah sedikit air dan sapukan ke seluruh bahagian muka dan biarkan semalaman. Keesokannya, cuci dengan air suam dan amalkan seminggu sekali ya