Tips Muka Glowing Dan Flawless Dengan 5 Bahan Sahaja

Tips Muka Glowing Dan Flawless Dengan 5 Bahan Sahaja

Siapa nak muka yang cantik dan gebu gebas macam retis korea?? Mestilah nak kan..Kalau tengok kulit retis retis korea tu.. Mak aii, muka glowing glowing gituu..Dah la flawless pulak tu! Geram kan??

.

Haa, meh admin nak share tips penjagaan kulit wajah dekat muka uolls semua untuk tampil lebih glowing dan flawless hanya menggunakan bahan bahan dekat dapur je! Hihi

 

#1 Minum Air Putih Dengan Secukupnya

Air putih atau air masak dalah perkara paling asas dan memang sangat untuk penjagaan wajah. Dalam tubuh badan kita sebenarnya sangat memerlukan air putih serta bersih untuk menggantikan sel sel yang mati didalam badan kita tau!

.

Sehari sekurang kurangnya amalkan minum air dalam dua liter sehari sahaja ya. Dengan pengambilan air yang mencukupi, ia dapat membuatkan kulit kita lebih lembap serta cerah secara semulajadi! Haa, satu lagi untuk pengambilan air putih setiap hari perlu mengikut berat badan uolls ya! Untuk setiap berat badan 25kg, perlu minum 1 liter air tau.. So, untuk 2 liter sehari sesuai untuk berat badan uolls yang 50kg.. Kalau yang lebih daripada 50kg tu faham faham laaa yek! Hehe

 

#2 Air beras

Haa, air beras?? Ya awak awak semua.. Air beras yang selalu uolls curah masa basuh beras tuu.. Sayang tau sebab sebenarnya air beras ini banyak khasiat untuk kecantikan kulit wajah kita sebenarnya..

.

Sebenarnya air bilasan beras dikatakan mampu menghaluskan dan dalam masa yang sama dapat memutihkan kulit kita jika kita amalkan konsisten setiap hari ya.. So, uolls ambil air bilasan beras yang uolls kumpul tuu dan usapkan ke kulit wajah uolls secara perlahan selama enam minit ya.. Kemudian jangan lupa basuh pulak tau!

 

#3 Beras pulut

Untuk tips nampak kulit wajah glowing dan flawless secara semulajadi, ambil beras pulut dan gorengkan ia tanpa menggunakan minyak ya.. Goreng sehingga warna beras pulut tersebut menjadi kekuningan.

.

Kemudian boleh tumbuk beras pulut tersebut sehingga ia berbentuk serbuk seperti serbuk bedak ya. So, uolls boleh ambil serbuk beras pulut tadi dan sapukan pada wajah dan biarkan ia kering untuk seketika ya.. Haa, macam biasa jangan lupa basuh tau! Kang habis merenyam kulit muka uolls tu.

 

#4 Yogurt asli

Yogurt bukan untuk uolls makan je tauu! Ia sebenarnya boleh mencerahkan kulit wajah.. Best kan? So, nak glowing dan flawless menggunakan yogurt ni uolls ambil yogurt yang dalam peti ais uolls tu dan lumurkan pada wajah dan juga leher uolls tuu..

.

Biarkan ia kering dan kemudian boleh bilas dengan air bersih ya.. Boleh diamalkan dalam tiga kali seminggu ya

 

#5 Jus lemon

Bagaimana jus lemon dapat membuatkan kulit wajah uolls tampil lebih glowing dan flawless?? Ia sebenarnya mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap.

.

So, uolls boleh ambil perahan jus lemon dan campurkan bersama satu cawan air yaa.. Kemudian ambil cotton bud dan sapukan larutan jus lemon pada kulit wajah uolls tau! Buat macam kita pakai toner gituuu.. Make sure jangan satu atau dua kali seminggu sahaja ya..