5 RAHSIA MERAHKAN BIBIR YANG GELAP DAN KUSAM DALAM SATU MINGGU

Bibir hitam dan kusam?? Stressnya..! Malu nak berhadapan dengan orang kan.. Walhal nak kata kita ni merokok, memang tak lah! Sepertimana artikel yang lepas, yang mana admin telah tekankan antara sebab bibir kita jadi gelap dan kusam adalah disebabkan pengambilan kafein secara berlebihan, terlalu exposed kepada sinaran matahari serta penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang tertentu telah mengakibatkan bibir kita menjadi hitam!

So, admin nak share lagi tips yang mana uolls boleh amalkan beberapa petua untuk memerahkan semula bibir mungil uolls ya! Jom jom kita study sikit 😉

#1 CAMPURAN LEMON DAN MADU

Seperti yang kita sedia maklum manfaat lemon dan madu dikatakan dapat memberi khasiat yang meremajakan kulit kita. Mana tidaknya, lemon kaya dengan vitamin C manakala madu pula mengandungi khasiat anti-bakteria dan anti-penuaan! So, campuran kedua bahan ni juga mampu untuk membuatkan bibir uolls lebih mengancam.. So, jom follow step dekat bawah ni ya:

Ambilkan 1/2 sudu jus lemon dan kemudian tambahkan madu secukupnya! Jangan sampai sebotol pulak tau.. Dan kemudian boleh gaulkan campuran tersebut dengan gliserin.. Haa, sudah.. Mana pula nak cari gliserin ni kan? So, uolls boleh gantikan gliserin dengan gula kasar okay! Then, uolls boleh gaulkan sehingga sekata dan terus boleh oleskan pada bibir mungil uolls tu! Biarkan selama semalaman untuk kesan yang lebih wow!

 

 

 

#2 MANJAKAN BIBIR DENGAN BERUS GIGI

Siapa pernah gosok bibir?? Selalu gosok gigi dengan lidah je kan.. Haa, selain daripada menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh dijadikan sebagai skrub untuk bibir kita. Proses ini dapat membuang sel-sel mati pada bibir kita sebenarnya malah dapat menggalakkan lagi pembinaan kolagen! Haa, baru lah bibir uolls lebih muda remaja gituuu ?

So, sebelum menggosok gigi, oleskan sedikit ubat gigi pada bibir uolls dan gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir uolls! Lakukan dalam 3-4 minit dan kemudiannya boleh terus dibilas ya!

 

#3 GULA PASIR

Siapa tahu sebenarnya gula pasir merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran?? Cuba angkat tangan sikit??

So, lepasni uolls boleh buat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula pasir ya! Senang je tau, uolls boleh campurkan gula kasar dengan jeli petroleum atau ‘vaseline’ yang dah berada di pasaran sekarang.. Jom buat mengikut sukatan dekat bawah ni ya!

1/2 cawan gula (jangan risau, bukannya kita makan gula ini ya!)

2ml jeli petroleum (‘vaseline’) Kalau tak ada ‘vaseline’ bolehlah diganti dengan air suam.

So, boleh campurkan bahan bahan tersebut mengikut sukatan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam gerakan membulat selama 3-4 minit dan apabila kering boleh terus dibilas ya!

 

#4 ‘LIP GLOSS’ BUAH-BUAHAN SEGAR

Jom kita buat sendiri ‘lip gloss’ atau balm dengan menggunakan buah-buahan seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah! Buah-buahan ini sebenarnya bukan saja dapat memberi kelembapan bibir, ia juga membantu mengembalikan nutrisi serta menyerlahkan kemerahan bibir uolls yang mungil tu..hee

Okay, senang je! Uolls just lenyek atau kisarkan bahan-bahan tersebut dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pes ini pada bibir dan boleh dbilaskannya apabila ia dah mengering. Uolls boleh sekerap mungkin atau sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

 

#5 MINYAK ZAITUN

Untuk bibir tampil lebih mungil dan kemerah merahan, uolls just boleh gunakan minyak zaitun je..So, uolls boleh sapukan minyak zaitun pada bibir uolls dan sapukan secara perlahan ya.. Untuk hasil yang maksimum, uolls boleh jadikan sebagai rutin setiap hari sebelum tidur. Senang kan??

Haa, senang ke senang sangat?? Semua bahan bahan ni kita boleh ambil dekat dapur je! Buka je peti sejuk tu, macam macam boleh buat kan? Kalau susah susah sangat, sibuk jaga anak anak sampai takde masa nak buat semua ni, apa kata uolls guna je Magic Lipstick dari Nurraysa! Jimat masa, sekali calit je dah nampak merah merah gitu! ?

Untuk pengetahuan uolls, sambil sambil nak merahkan bibir ia juga dapat merawat masalah bibir uolls tau.. Kalau bibir uolls kering lepastu cuping cuping pulak, sesuai sangat pakai Magic Lipstick dengan formula terbaru Marula Oil yang mana ia dapat melembapkan bibir uolls sepanjang hari tau! Yang paling penting terbukti TANPA PLUMBUM yang mana ia tidak akan menghitamkan bibir gebu gebas uolls tu ❤ Pastikan check dulu kandungan dalam kosmestik sebelum uolls apply apa apa dekat bibir uolls ya!