3 SEBAB KENAPA PERLU BUAT MARKETING

Marketing atau pemasaran merupakan tunjang kepada sesebuah bisnes bagi memastikan bisnes terus berkembang yang mana ia adalah satu langkah untuk memperkenalkan produk atau servis untuk dikenali dengan lebih ramai serta lebih fokus kepada prospek tertentu yang disasarkan. Jadi berikut adalah sebab mengapa pentingnya marketing kepada sesebuah bisnes.. Jom kita study sikit!

 

#1 MARKETING ADALAH NYAWA PERNIAGAAN KITA

Marketing adalah nyawa kepada perniagaan kita yang mana tanpa marketing matilah bisnes kita! Tanpa marketing macamana prospek kita nak kenal produk kita kan? Dah kalau orang tak kenal macamana orang nak beli produk kita?Marketing yang mana kita wajib kena buat setiap hari, non stop! Kena sentiasa konsisten gituu.. Janganlah harini kita buat tapi esok lusa kita dah malas nak buat.. Kena sentiasa konsisten untuk kekalkan momentum bisnes kita..

Sebagai contoh, Coca Cola walaupun dah cecah 100 tahun di pasaran tapi masih lagi buat marketing sehingga sekarang , begitu juga lah dengan kita yang mana marketing kena konsisten buat setiap hari. Antara platform yang kita boleh gunakan antaranya adalah menggunakan social media yang kita gunakan setiap hari Facebook Personal, WhatsApp, Instagram, Telegram dan sebagainya! Mudah kan? Sambil sambil scroll gossip makcik makcik bawang tu boleh lah promote sekali..

 

#2 MANUSIA ADA BANYAK PILIHAN

Apa kaitan marketing dengan manusia ada banyak pilihan ni? Macam kita sendiri lah bila bab nak pilih barang sebagai contohnya bila nak beli smartphone baru. Mesti confius nak pilih mana satu sebab dah berlambak lambak brand smartphone dekat pasaran yang menawarkan pelbagai specification mengikut trend terkini serta kehendak pelanggan.

Dekat sini, marketing memainkan peranan penting yang mana kita perlu tarik perhatian prospek kita untuk kenapa perlu memilih brand kita berbanding brand lain? Sebab apa kenapa kita kena buat macamtu? Sebab bila kita tak buat iklan atau sebarang marketing, prospek kita tadi dia ada banyak pilihan lain untuk pilih produk atau brand lain.

TAPI kalau brand kita sentiasa berada di mata prospek/pelanggan, dia dah tak nampak pilihan lain lagi jadi disitu “MARKETING” memainkan peranan penting yang mana marketing perlu buat orang trust dengan brand yang kita bawa.

 

#3 BANTU KEMBANGKAN BISNES DENGAN PANTAS

Bagaimana nak bantu kembangkan bisnes dengan pantas? Senang je, dengan buat marketing secara konsisten, bisnes akan cepat berkembang dengan pantas. Percaya atau tidak, formula “konsisten”ini bakal membuatkan lebih ramai orang tahu tentang produk yang kita pasarkan. Malah, orang akan stay dengan brand kita bila brand kita melekat difikiran mereka. Dan dari situ lah, muncullah kelompok dari pengguna boleh bertukar menjadi Dropship dan seterusnya dari Dropship berubah untuk menjadi salah seorang Agent kita. Formula ini bakal membuatkan kita dapat grow bisnes kita dengan lebih jauh lagi.

Pendek kata, marketing is number one dalam bisnes. Tak buat marketing, siapa nak beli.? Dah buat marketing, kena buat orang trust.  Bila orang dah trust, buat orang beli dan bila orang membeli, buat dia membeli berkali-kali! Faham ke faham? Haa, apa kata ringan ringankan lah jari jemari anda semua untuk share perkongsian kali ini kepada rakan rakan anda diluar sana! Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua.