5 Rutin Penjagaan Kulit Setiap Hari

5 RUTIN PENJAGAAN KULIT SETIAP HARI

 

Wah wah rutin apa pula ni nak kena buat untuk mencantikkan kulit kita agar sentiasa sihat dan segar ala-ala model gitu? Haa.. kalau nak tahu 5 rutin yang admin akan kongsikan ni la yang selalu dilakukan oleh model-model bagi nampak cantik. Orang kata biar lah tak lawa mana pun, tapi biar tahu atau pandai jaga penampilan diri itu adalah lebih baik. Orang nak dekat dengan kita pun akan berasa senang je.

Jadi, nak tahu apa tips nya? Jom teruskan pembacaan anda di bawah ni 😉

 

 

1. Gunakan Toner Daripada Pencuci Muka Setiap Pagi

Sebenarnya, menggunakan pencuci muka anda dengan terlalu kerap akan membuatkan kulit anda menjadi lebih berminyak. Ildi Pekar, pakar kecantikan untuk Lindsay Ellingson, Miranda Kerr, dan Irina Shaykpakar, mengesyorkan untuk hanya mencuci muka anda dengan pencuci muka pada waktu malam.

Pada waktu pagi gunakan toner kerana ia akan membersihkan kulit anda dengan sangat lembut dan paling penting sekali, ia akan mengimbangkan pH kulit anda.

 

 

2. Kurangkan Pengambilan Gula Dan Memastikan Berat Mereka Konsisten

Gula boleh menyebabkan jerawat tumbuh dan juga akan mempercepatkan penuaan pada kulit anda. Selain itu, diet yang tidak konsisten juga akan merosakkan warna kulit anda.

Apabila berat anda berubah-ubah, ia akan menyebabkan kulit anda merenggang dan in akan menjejaskan penampilan anda.

 

 

3. Kurangkan Pemakaian Pelindung Matahari

Jika anda akan meluangkan masa yang lama di dalam rumah atau pejabat (tempat-tempat yang tidak terdedah kepada matahari) lebih baik jangan menggunakan SPF kerana ia hanya akan membuat pori anda tersumbat dengan sangat teruk.

 

 

4. Kekalkan Hidrasi Dan Memastikan Kulit Mereka Lembap Sepanjang Masa

Kunci utama untuk kulit yang sihat adalah hidrasi. Oleh itu, dengan meminum jumlah air yang mencukupi dan memastikan kulit anda sentiasa dapat khasiat daripada pelembap akan membuatkan kulit anda kekal bersih, berseri dan tanpa kedut.

 

 

5. Bersenam

Menurut Pekar, seri yang muka anda hasilkan selepas satu sesi senaman adalah sangat bagus untuk anda. Ini kerana, apabila anda bersenam, darah dan nutrien akan naik ke permukaan kulit anda, dan ia akan merangsangnya dan membuatkan penampilan anda sentiasa muda dan sihat!

 

 

Sumber: toodia.my