5 Tips Elak Ditipu Ketika Membeli Barang Online

5 TIPS ELAK DITIPU KETIKA MEMBELI BARANG ONLINE

 

Penjualan barang online menjadi satu fenomena dan jangan tekejut ia mampu menjadi punca rezeki bagi sesetengah pihak. Saban hari banyak dapat berita tentang penipuan daripada membeli barang online ni. Yelah, pembelian online kita tidak dapat melihat, memegang barang yang kita nak beli. Sampai ada owner yang jual pun kita tak tahu siapa.

Jadi, di bawah ni admin kongsikan sesdikit tips untuk elakkan diri kita daripada jadi mangsa ditipu ketika beli barang online. Tips ini di ambil daripada perkongsian wom.my. Jom tengok apa 5 tips tu 🙂

 

 

Tips 1 : Lihat Website Jualan

Sekiranya anda memilih untuk membeli melalui website persendirian mahupun melalui akaun facebook dan instagram, lihat dahulu website tersebut. Lakukan blogwalking.

Jika ia seperti sebuah website yang belum siap dan terdapat banyak link yang tidak boleh dibuka, anda harus berfikir berulang kali untuk membeli. Mungkin pemiliknya masih lagi dalam proses untuk menyiapkan websitenya, atau mungkin juga website tersebut sudah tidak dipedulikan oleh pemiliknya. Bookmark juga website tersebut sebagai rujukan di kemudian hari.

 

 

Tips 2 : Hubungi Penjual

Ini adalah tips yang paling mudah dan berkesan. Cari maklumat  penjual “contact” di website tersebut dan cuba hubungi mereka sendiri. Pastikan website niaga itu ada pendaftaran syarikat, alamat, email mahupun nombor telefon untuk dihubungi.

Ini bagi membolehkan anda dilindungi dengan undang-undang terhadap sebarang penipuan. Mereka pasti akan memberikan maklumbalas jika perniagaan mereka masih lagi aktif. Jika tiada maklumbalas sehingga berminggu-minggu, pasti anda tahu akan jawapannya.

 

 

Tips 3 : Lihat Feedback Dan  Testimoni

Anda boleh melihat feedback pembeli-pembeli sebelumnya. Jika banyak komen positif yang diberikan,maka itu bermakna penjual tersebut boleh dipercayai dan urusan pembelian anda juga mungkin akan berjaya dilakukan tanpa sebarang masalah.

 

 

Tips 4 : Semak di Facebook

Kebiasaanya, penjual akan memaparkan link fanpage di facebook mereka. Cuba periksa halaman fanpage, adakah mereka masih mengemaskini ataupun tidak mengemaskini fanpage tersebut.

Lihat tarikh post setiap entri berkaitan produk. Jangan beli produk yang diterbitkan pada tarikh yang dah berkurun lama. Selain itu, lihat juga komen-komen dari pelanggan yang sedia ada di fanpage tersebut. Pelanggan yang tidak berpuashati akan cenderung untuk meninggalkan komen yang negatif.

 

 

Tips 5 : Berwaspada Dengan Harga Yang Terlalu Murah

Jika anda melihat harga produk tersebut terlalu murah dari harga pasaran, mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Samada produk tersebut sebenarnya adalah produk klon atau mungkin, sebenarnya produk tersebut memang tidak wujud dan penjual tersebut memang semata-mata mahu menipu.

 

Sebaik sahaja anda membuat bayaran kepada mereka,dan anda dapati mereka menghilangkan diri, tidak dapat dihubungi dan anda tidak akan terima sebarang produk dari mereka. Ikuti tips seterusnya.