5 TIPS MEMBELI BARANGAN MAKE UP
Hai ! jumpa lagi kita dalam entry kali ni. Harap semuanya sihat dan masih setia dengan Nurraysa Beauty ๐ Oh ya! untuk harini admin akan kongsikan tips mudah je untuk korang dekat luar sana take note. Kadang yelah, dalam kita nak beli sesuatu barangan tu kita tak alert dengan perkara-perkara yang akan admin kongsikan ini. Kadang main beli je. Bila dah jadi apa-apa mul lah kita salahkan pula produk tu.
Jadi, nah 5 Tips Membeli Barangan Make Up untuk korang follow. Adminย share berdasarkan bahan bacaan di blog murnimohdyusof.
Tip 1: Tarikh Luput
Penting! Sebelum beli apa-apa produk, tengok dulu tarikh luput dan tarikh produk dikilangkan untuk pastikan sama ada produk tu dah luput atau belum. Hati-hati semasa membuat pembelian ya!
Tip 2: Original tak?
Wajib membeli yang original. Kalau tersilap beli yang palsu, takut pula nanti akan memudaratkan kesihatan diri sendiri.
Tip 3: Buat Kajian
Buatlah pilihan yang terbaik sebelum membuat sebarang pembelian. Apa kata korang buat sedikit kajian tentang keberkesanan produk. Mungkin korang boleh tanya kawan-kawan yang dah pernah guna produk ataupun dapatkan maklumat di Internet. Maklumat di hjung jari, ok!
Tip 4: Harga
Buat tinjauan harga untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Almaklumlah ada kedai yang menawarkan harga yang berbeza-beza, padahal produk sama sahaja. Kena bijak buat perbandingan harga, supaya tak mudah kena tipu.
Tip 5: Kualiti
Kualiti pun perlu diutamakan, ya! Produk tak semestinya mahal sahaja yang berkualiti, apa-apa pun kena bijak memililih. Kita perlu bijak memastikan bahawa pilihan yang dibuat adalah berbaloi.