5 Tips Menjaga Kesihatan Ketika Travelling

5 TIPS MENJAGA KESIHATAN KETIKA TRAVELLING 

 

Melakukan satu perjalanan jauh dari satu tempat ke tempat yang lain memerlukan tenaga yang banyak. Semestinya, jadual percutian kita padat dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang sebelum memulakan perjalanan. Namun, dalam berseronok untuk travel dan lakukan pelbagai aktiviti kita seringkali lupa untuk menjaga kesihatan diri. Tips yang sepatutnya mudah diamalkan tetapi kita sentiasa pandang enteng.

 

Jadi, untuk hari ini admin akan kongsikan tips untuk anda diluar sana dalam berseronok travel perlu juga untuk menjaga kesihatan diri. Jika tidak, semua perancangan yang dirancang tidak dapat berjalan dengan lancar.

 

1. RAJIN MENCUCI TANGAN

  • Biasakan untuk mencuci tangan setiap kali selepas lakukan pelbagai aktiviti luar. Ini kerana keadaan luar yang terdedah dan akan memudahkan tangan dijangkiti dengan pelbagai kuman. Sangat penting untuk kita jaga kebersihan tangan dengan mencucinya dengan bersih.

 

2. BANYAK MINUM AIR PUTIH

  • Umumnya semua mengetahui air merupakan elemen yang penting untuk tubuh. Jadi, ketika anda dalam perjalanan jauh perlulah banyakkan minum air putih lebih-lebih lagi apabila keadaan cuaca pada masa kini yang tidak menentu sekejap panas dan sekejap hujan. Maka dari itu, siapkan sebotol air atau lebih ketika ingin melakukan perjalanan jauh.

 

3. JAGA MAKAN

  • Seeloknya sebelum mulakan perjalanan sediakan bekal yang dimasak sendiri. Makanan yang dibawa lebih terjamin kebersihannya. Namun, jika anda tidak sempat menyediakan makanan yang dimasak sendiri dan ingin makan di RnR atau mana-mana kedai, pastikan terlebih dahulu kebersihan tempat dan makanan di situ. Ini kerana kebersihan makanan yang anda makan boleh mempengaruhi kesihatan diri anda.

 

4. TIDUR YANG CUKUP

  • Jaga jadual tidur anda. Pastikan tidur anda cukup untuk mengumpul tenaga yang hendak digunakan untuk aktiviti seterusnya. Badan yang lelah dan lesu boleh cepat hilang dan rasa segar jika anda mengambil waktu tidur yang cukup dan tepat. Walaupun tidak dapat tidur lena seperti di rumah , setidaknya tidur lah dengan cukup bagi hilangkan penat anda.

 

5. BAWA UBAT-UBATAN

  • Ubat-ubatan sangat penting untuk dipersiapkan sebelum travel lebih-lebih lagi pada anda yang sememangnya mempunyai penyakit dan memerlukan ubat. Kebiasaannya apabila letih badan, boleh mengganggu kesihatan anda seperti demam, batuk, selsema, sakit kepala, sakit perut dan lain-lain lagi. Sediakanlah ubat yang boleh menghilangkan kesakitan tersebut.

 

 

Harap ke semua tips yang admin kongsikan pada hari ini sedikit sebanyak dapat membantu anda diluar sana khususnya buat anda yang nak travel jauh. Semoga bermanfaat !