5 Tips Sentuhan Dekorasi Yang Dapat Menghalau Nyamuk

5 TIPS SENTUHAN DEKORASI YANG DAPAT MENGHALAU NYAMUK 

 

Jujurnya admin pun tak pernah tahu tentang info ini. Tapi berdasarkan pembacaan admin di Inspirasi Deko: Harian Metro daripada mereka yang berpengalaman, rupanya sentuhan dekorasi di rumah juga boleh membantu kita untuk menghalau nyamuk di rumah. Betul ke tak ?

Ha.. kalau nak tahu betul ke tak, jom teruskan pembacaan anda di bawah ini.

 

 

TIPS 1 : PENGGUNAAN LANGSIR DENGAN WARNA YANG TERANG

  • Cuba lihat di sekeliling ruang kediaman anda dan lakukan sedikit perubahan bersifat sementara. Bagi mengelak nyamuk, pastikan langsir menggunakan warna terang dan panas seperti merah, kuning atau putih.
  • Walaupun anda kurang berminat dengan warna ini, tetapi buat sementara waktu langsir dari rona inilah yang paling membantu untuk mengurangkan kehadiran nyamuk di dalam kediaman anda.

 

 

TIPS 2: PENCAHAYAAN LAMPU DAN MENTOL

  • Perhatikan pencahayaan lampu dan mentol. Jika sebelum ini dekorasi ruangan anda dari jenis berlampu suram dan redup, untuk sementara waktu ini tukarkan dengan mentol lebih cerah. Jika perlu tambahkan sedikit pencahayaan seperti lampu kaki atau lampu meja.
  • Warna mentol pula seelok-eloknya berwarna putih bagi memberikan impak dan suasana lebih terang dan cerah yang bukan kesukaan nyamuk.

 

 

TIPS 3: PENYUSUNAN PASU BUNGA

  • Jika anda seorang pengumpul dan penggemar pasu seperti seramik atau pasu kaca terutama jenis berlopong buat sementara cuba telangkup semua pasu itu supaya tiada ruang untuk nyamuk bersembunyi ketika siang.

 

 

TIPS 4: HIASAN BUNGA

  • Jika ruang di kediaman anda di penuhi bunga hiasan untuk seketika simpan dan tukarkan dengan kehadiran bunga segar. Bunga segar yang paling terbaik ketika ini adalah bunga lavender.
  • Bunga lavender sudah lama diproses menjadi losen untuk menghindari gigitan nyamuk saat kita berekreasi di hutan. Jadi, bunga ini boleh dibawa masuk ke kediaman kerana lavender amat terkenal sebagai ‘bunga penghalau nyamuk’.
  • Bau harum lavender amat kurang disenangi nyamuk, tetapi jika anda sukar mendapatkannya, memadai menyalakan lilin beraroma lavender di setiap sudut.

 

 

TIPS 5: PASTIKAN SUASANA KEDIAMAN DINGIN

  • buat sementara waktu pastikan suasana kediaman anda dingin. Jika tiada pendingin hawa, inilah masa terbaik untuk anda mendapatkannya. Tutupkan semua tingkap dan hidupkan pendingin hawa dalam suhu sejuk sederhana supaya keseluruhan ruang kediaman anda menjadi dingin.
  • Ini kerana nyamuk amat sensitif terhadap tindakbalas haba dan amat gemar kepada sumber hangat. Kebiasaannya tubuh kita menghasilkan keringat dan suasana panas hari ini membuatkan kita cepat berpeluh. Situasi ini mengundang nyamuk kerana ia boleh mengesan sumber haba yang dilepaskan dari tubuh manusia.

 

 

 

Selamat mencuba untuk semua !