6 Cara Hias Bilik Tidur Yang Simple Tapi Menarik !

6 CARA HIAS BILIK TIDUR YANG SIMPLE TAPI MENARIK !

 

“ Hari-hari masuk bilik tengok deko bilik sama je. Lama-lama rasa bosan. Ada jugak search, google cara nak hias bilik tidur bagi nampak menarik tapi banyak yang perlukan kos yang tinggi. Last-last tak buat apa pun dengan bilik ni. Plan macam-macam tapi semua tak menjadi.”

 

Anda anda masalah seperti di atas? Bilik nampak kosong tapi tak tahu nak deko bilik bagi nampak menarik macam mana ?

Tak semestinya bila nak hias bilik perlu barang hiasan yang mahal-mahal. Anda juga boleh mulakan dengan hiasan yang mampu milik sementara mengumpul budget untuk upgrade dekorasi bilik tidur anda.

Jadi, jom sama-sama cuba cara hias bilik tidur yang simple di bawah ni. Mesti nampak cantik dan menarik walaupun jimat.

 

 

Sumber: Google

1. MENGUBAH KEDUDUKAN KATIL

  • Ha… ini antara cara yang tak perlu keluarkan kos anda pun. Just gunakan sedikit tenaga. Ya, first thing untuk anda lakukan perubahan adalah dengan mengubah atau menukar kedudukan katil anda. Kalau sebelum ni anda sandarkan katil pada dinding, cuba anda letakkan kedudukkannya di tengah antara dinding pula atau di tempat yang berbeza dari sebelumnya.

 

 

2. TUKAR FRAME ATAU SUSUNAN GAMBAR

  • Jika di bilik anda ada gantungan frame-frame gambar, anda boleh jadi seorang yang kreatif mungkin dengan menukar frame gambar tersebut kepada yang lebih up to date. Untuk lebih jimat anda boleh DIY sahaja frame tersebut.
  • Anda juga boleh menukar susunan gambar yang ada supaya anda boleh nampak kelainan dalam bilik tidur anda.

 

Untuk idea DIY Frame, anda boleh rujuk di sini DIY PICTURE FRAME

Sumber: Google

 

 3. GANTI KARPET

  • Penggantian karpet baru dalam bilik tidur anda juga boleh menceriakan bilik tidur lebih-lebih lagi bila bilik anda kosong dan suram. Jadi, pemilihan jenis karpet yang ingin diletakkan di dalam bilik juga perlulah bersesuaian dengan konsep yang anda inginkan.

Sumber: Google

 

4. TAMBAHKAN “WARNA”

  • Kalau sebelum ni warna yang ada di dalam bilik anda hanya satu warna sahaja, tapi untuk menceriakan suasana bilik anda dalam dekorasi ini bolehlah anda buat penambahan warna. Wall sticker, kertas dinding antara bahan yang boleh anda gunakan untuk menceriakan bilik yang kosong.
  • Tidak semestinya di dinding sahaja, anda boleh juga gunakan bahan-bahan tersebut pada meja, pintu atau almari anda.

Sumber: Google

 

5. GUNA CADAR DAN SARUNG BANTAL YANG CERIA

  • Untuk menampakkan suasana yang ceria dan menarik di dalam bilik tidur, elakkan guna cadar atau sarung bantal warna kosong atau plain sahaja kerana ia boleh membuatkan ia nampak bosan. Jadi, untuk menampakkan perubahan bilik, boleh la anda gunakan cadar yang bewarna ceria atau corak yang menarik.

 

Sumber: Google

 

6. LETAK POKOK HIASAN

  • Pemilihan pokok yang bersesuaian sebagai hiasan dalam bilik tidur juga boleh menampakkan bilik anda nampak menarik. Contohnya, pokok kaktus yang mempunyai pelbagai bentuk menarik dan bersaiz kecil.
  • Susun cantik-cantik di ruangan bilik anda dan ia mampu merubah suasana dalam bilik.

 

 

Mudah je kan? Walaupun dalam budget yang rendah tapi still boleh mengubah suasana bilik tidur anda untuk nampak lebih menarik. Apa yang penting, pastikan bilik tidur anda sentiasa kemas dan bersih. Jika tidak, hiaslah macam mana sekalipun bilik tidur anda tetapi kalau bersepah tetap tak akan mengubah suasana bilik tidur tersebut.

 

 

Sumber: SirapLimau