5 Cara Ibu Bapa Boleh Praktikkan Untuk Anak Yang Tidak Makan Sayur

5 CARA IBU BAPA BOLEH PRAKTIKKAN UNTUK ANAK

YANG TIDAK MAKAN SAYUR

 

Anak-anak kecil bila sbeut je pasal sayur kadang terus tak suka. Bila kita masak ada sayur nak suap je terpaksa la asingkan. Yela kan dah anak-anak tak makan sayur. Susah juga kan. Huhu. Bagi anak-anak ini, mereka sudah set kan dalam fikiran mereka yang sayur tu rasanya pahit dan tidak sedap.

 

Jadi, keadaan seperti ini sedikit sebanyak merisaukan ibu bapa sehingga tidak tahu macam mana nak menarik minat anak-anak untuk makan sayur. Jadi di bawah ini ada seidkit info atau tips yang menarik yang boleh ibu bapa cuba untuk menggalakkan anak-anak mereka untuk minat makan sayur.

 

 

KREATIF DALAM MENYEDIAKAN SAYURAN

  • Jika mahu menggalakkan anak-anak makan sayur , ibu atau bapa perlulah kreatif dalam menyediakan makanan yang berasaskan sayur. Ibu-ibu boleh cuba potong buah atau sayur mengikut bentuk yang dapat menarik minat anak-anak seperti bentuk binatang arnab kea tau bentuk kesukaan mereka. Hiaskan di atas pinggan dengan selang selikan warna sayuran.

 

 

PELBAGAIKAN CARA MASAKAN

  • Ibu atau bapa juga boleh mempelbagaikan cara masakan agar anak tidak mudah bosan. Untuk hidangan yang berlainan, ibu boleh lah panggang lauk dan hiaskan dengan sayur. Boleh juga jadikan sayuran sebagai salad dan di campur dengan buah kegemaran anak.

 

 

JADI CONTOH

  • Nak ajar anak makan sayur, kita sebagai ibu bapa perlulah menunjukkan contoh kepada anak-anak mereka. Ibu atau bapa juga tidak boleh memilih bab makan sayur kerana anak-anak akan memerhatikan kita di meja makan. Sambil makan kita galakkan anak dan cakap mengenai kebaikan makan sayur.

 

 

HIDANGAN KUDAPAN

  • Jadikan sayur dan buah sebagai pengganti makanan ringan. Boleh buat sebagai kudapan dengan membuat sayur goreng salut tepung atau sebagainya semasa menonton televisyen atau ketika beriadah. Cara ini lebih baik daripada membiarkan anak makan makanan ringan yang lain.

 

 

 

Sumber: Majalahpama