6 Makanan Awet Muda

Sebenarnya cara makan anda yang sihat dan sesuai dengan keperluan tubuh itulah yang membuatkan anda tetap awet muda.

Sesiapapun boleh lebih awet muda jika dia mampu mengawal tahap stress, rajin bersenam, minum teh hijau serta mengambil pelbagai makanan tertentu. Pengambilan protein serta antioksidan yang tinggi begitu diperlukan oleh tubuh supaya semua organ dapat berfungsi dengan baik serta memperlambatkan proses penuaan.

Berikut beberapa jenis makanan yang perlu anda masukkan ke dalam diet harian anda dalam jumlah yang mencukupi supaya anda tetap sihat dan awet muda.

Blueberry

Buah ini mengandungi vitamin C untuk membantu pengaliran darah dan memberikan mineral serta garam pada tubuh. Ia boleh membantu tubuh melawan penuaan. Selain itu, blueberry juga mengandungi kalsium yang tinggi. Mineral ini boleh membantu keseimbangan cecair dalam sel sehingga mengurangkan pembengkakkan pada wajah ketika kurang cecair.

Teh Hijau

Daun teh mengandungi antioksidan tinggi iaitu ‘catechins’. Minuman teh hijau juga dikatakan mampu menurunkan berat badan dan mengecilkan ukuran pinggang. Ini adalah kerana ‘catechins’ efektif meningkatkan metabolisme tubuh. Minum secawan teh hijau sehari akan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi sebanyak 46 peratus.

Avokado

Lemak yang terkandung dalam sebiji buah avokado adalah jenis lemak sihat yang tidak menggemukkan. Lemak baik dalam avokado boleh menurunkan risiko strok dan penyakit jantung.

Bawang Putih

Bawang putih mengandungi zat anti bakteria dan anti kulat yang dapat mencegah kanser, memperkuatkan jantung, mengurangkan penyimpanan lemak serta mencegah jerawat. Untuk mengaktifkan  kupas kulit bawang putih dan makanlah secara mentah. Bawang putih yang dimasak atau dipanaskan terlalu lama akan membuatkan zat ini tidak berguna. Jika anda tidak mampu untuk menelan bawang putih mentah, tukarlah dengan suplemen bawang putih.

Epal

Sebiji epal pada setiap hari boleh menjauhkan anda daripda doktor. Ini adalah kerana epal mengadnungi flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan, pelindung tubuh daripada kanser paru-paru dan usus. Zat tersebebut juga dpat melawan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.

Bawang Bombay

Bawang bombay mengandungi flavonoidsdan daily sulfide yang berfungsi sebagai anti oksidan pelindung DNA, antiperadangan dan alergi. Paling best, bawang bombya juga mampu meredakan masalah jerawat.