Cara Menghias Bilik Tidur Dengan Konsep Minimalis

Bilik tidur yang selesa merupakan syarat utama jika anda ingin menikmati suasana yang tenang dan seronok berada di dalamnya.

Cara anda menghias bilik tidur memainkan peranan penting. Malahan, perhiasan yang baik dan rapi juga menjadi cermin keperibadian diri anda yang sebenarnya. Mengubah bilik tidur anda menjadi bilik tidur berkonsepkan minimalis bukanlah perkara yang terlalu sukar.

Apa yang paling penting, anda perlu meluangkan waktu dan mendisiplinkan diri bagi mencipta bilik tidur minimalis yang kemas. Pastikan anda meletakkan kembali segala barang yang telah selesai anda gunakan di tempat asalnya. Setiap hari atau paling kurang tiga kali seminggu, bersihkan bilik tidur anda dari debu. Tukar cadar, sarung bantal dan selimut setiap minggu bagi menghindarkan diri dari serangan kuman atau penyakit. Di samping itu, hias bilik tidur anda dengan cara sederhana kerana kesederhanaan pada ruang mampu memberikan suasana tenang dan damai buat penghuninya.

Cara Menghias Bilik Tidur Dengan Mudah

  1. Ganti tempat tidur anda dengan tempat tidur dengan konsep minimalis.
  2. Gunakan karpet lembut sebagai pelapik lantai agar anda tetap berasa selesa walaupun hanya berkaki ayam di dalam bilik.
  3. Gunakan permainan cahaya dalam bilik tidur anda. Gunakan lampu yang memiliki bentuk unik, kreatif dan menarik pandangan mata.
  4. Hiasi dinding dengan hiasan menarik. Misalnya, foto-foto percutian anda dan sebagainya.
  5. Buang barang-barang yang sudah tidak digunakan supaya suasana bilik menjadi lebih luas dan tidak nampak semak.
  6. Letakkan bangku kecil untuk bersantai bersama orang yang anda sayangi.