6 Punca Kulit Kering Yang Anda Perlu Tahu

6 PUNCA KULIT KERING YANG ANDA PERLU TAHU

 

Kulit kering akan membuatkan kulit lebih mudah kusam, pecah-pecah dan bersisik. Kulit kering juga meningkat seiring bertambahnya usia. Bagi kebanyakan orang, kulit kering tidak semestinya disebabkan oleh penyakit kulit, tetapi ia boleh disebabkan oleh sabun, pakaian, salah guna pelembab dan mandian air panas. Namun, apa punca sebenar kulit anda menjadi kering? Berikut adalah 6 punca kulit yang admin kongsikan untuk anda semua.

 

 

TERDEDAH KEPADA SINAR MATAHARI 

  • Penyebab kulit kering yang pertama adalah terdedahnya kita dengan sinar matahari.  Sinar matahari yang berlebihan akan menghilangkan kelembapan alami kulit sehingga kulit menjadi kering. Selain itu, cahaya matahari yang berlebihan juga mengakibatkan kulit lebih cepat mengeluarkan keringat, sehingga debu dan kotoran juga lebih mudah menempel pada kulit sehingga kulit lebih mudah kusam.

 

DEHAIDRASI

  • Dehaidrasi atau kekurangan cairan juga merupakan penyebab kulit kering. Dehaidrasi menyebabkan tubuh kekurangan air sehingga mengganggu kesihatan tubuh termasuk kesihatan kulit. Dehaidrasi yang terjadi menyebabkan kulit kekurangan cairan serta kulit kehilangan kelembaban alaminya sehingga membuat kulit menjadi kering.

 

KURANG PENGAMBILAN MAKANAN SIHAT

  • Kurang mengkonsum makanan sihat juga menjadi penyebab kulit kering. Makanan sihat, terutama makanan yang banyak mengandungi vitamin, mineral dan nutrisi yang bagus bagi kesihatan kulit mampu menjaga kelembapan alami kulit sehingga kulit tetap sihat dan tidak mudah kering.

 

SABUN

  • Penggunaan sabun yang kerap sering juga menjadi penyebab kulit kering. Penggunaan sabun yang berlebih seperti mencuci tangan dan mencuci wajah lebih dari 2 kali dalam sehari mampu menghilangkan kelembapan alami kulit sehingga kulit menjadi lebih kering.

 

MEROKOK

  • Merokok selain berbahaya bagi kesehatan juga menjadi penyebab kulit kering. Rokok mengandungi nikotin yang menyerap serta menghilangkan vitamin C yang sangat diperlukan kulit untuk menjaga kelembapan alaminya. Hilangnya vitamin C kerana merokok mahupun terdedah dengan asap rokok menyebabkan kulit menjadi kering.

 

STRESS

  • Penyebab kulit kering selanjutnya adalah stres. Stress mengakibatkan tubuh mengeluarkan banyak hormon stress yang mampu menggangu kesihatan tubuh, termasuk kulit. Selain itu, orang yang stress juga cenderung lebih banyak mengeluarkan keringat, sehingga kelembaban alami kulit menjadi hilang dan kulit menjadi kering.

 

 

Sumber: gelombang