Cuci Muka Dengan Sabun Mandi Tak Elok? Kenapa Ye?

CUCI MUKA DENGAN SABUN MANDI TAK ELOK? KENAPA YE? 

 

Ada ke orang yang cuci muka dengan sabun mandi ? Haa.. kalau sekarang, mungkin dah kurang untuk orang yang cuci muka dengan sabun, tapi jangan tak percaya terdapat segelintir antara kita masih menggunakan sabun mandi sebagai pencuci muka. Ditegaskan di sini, sebaiknya elakkan diri anda daripada mencuci muka dengan menggunakan sabun mandi kerana ia akan memberikan kesan yang tidak baik terhadap kulit muka.  Diharapkan untuk anda semua pengikut Nurraysa jangan memandang enteng ya dengan permasalahan ini. Tapi kenapa? Kalau nak tahu jom teruskan membaca di bawah ini 😉

 

 

MENGANGGU KADAR pH

  • Kulit muka bersifat asid dan sabun pula biasanya bersifat alkali yang tinggi. Biasanya kadar pH kulit diantara 4 hingga 6.5 dan sabun pula tinggi alkali sehingga 7 keatas. Bila sabun yang tinggi alkali bertemu dengan kadar kulit yang tinggi asid boleh menyebabkan kondisi kulit menjadi lebih teruk.

 

 

KULIT KERING

  • Memang sabun mampu menghilangkan kesan kulit berminyak namun ia bukanlah sama seperti pencuci muka biasa. Formula sabun berbeza, ia menghilangkan kesan minyak, mengetatkan pori-pori tapi mengeringkan kulit dan menganggu keseimbangan pH kulit wajah anda. Paling menakutkan, sabun menyahkan segala sumber semulajadi kulit.

 

 

TIMBUL MASALAH PADA KULIT

  • Bahan kimia dalam sabun bukan sahaja mengeringkan kulit muka malah beri kesan garis halus dan kedutan. Ini semua kerana formula sabun lebih kasar sesuai untuk membersihkan kulit badan bukan muka. Selain itu masalah kulit kusam dan  acne break-out juga boleh berlaku.

 

 

Haa macam mana? ada yang terkena pada diri sendiri ke bila baca post ni? So, siapa yang cuci muka dengan sabun mandi tu segeralah berhenti. Takut effect yang lebih teruk pada kemudian hari. Nak selamat anda boleh cuba Collagen Soap Nurraysa. Sangat best dan berkesan bagi anda yang mengalami masalah pada kulit. Jika berminat untuk order bagi sebarang produk Nurraysa boleh terus hubungi kami di talian Hotline 013-666 5554. Kami akan bantu anda.

 

 

Sumber: wanista.com