7 PETUA UNTUK MENGURANGKAN SAKIT GIGI
Sakit gigi ni memang kadang tak boleh bagi kerjasama dekat kita kalau sakitnya dah datang. Nak buat kerja harian pun terganggu sebab nak tahan sakitnya. Tu belum lagi sakit gigi ni menyerang pada waktu malam. Memang tak boleh tidur punyalah.
Makan ubat punkadang dah tak jalan. Still sakit. So, harini admin share kan petua yang mungkin boleh anda cuba bagi membantu anda merawat sakit gigi selain daripada makan ubat tahan sakit.
Petua 1
- Campurkan sedikit cuka di dalam segelas air suam. Gunakan air itu untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
Petua 2
- Kunyah sedikit kapur sirih dengan gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit hilang.
Petua 3
- Makan buah belimbing bersama sedikit garam.
Petua 4
- Gigit 3 kuntum bunga cengkih dengan gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan letakkan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
Petua 5
- Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
Petua 6
- Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan campurkan sedikit cuka. Masukkan bahan itu ke dalam lubang gigi.
Petua 7
- Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
Sumber: Infokini