RESEPI KONFLEKS MADU

RESEPI KONFLEKS MADU

Hai ! Hari Raya nak dekat dah, mesti semua pun busy nak buat kuih raya kan? Tak lupa juga yang busy cari resepi nak buat biskut/kuih raya favourite. Sekarang, semua dihujung jari. Search je resepi apa-apa yang kita nak dah boleh dapat. Tak perlu susah-susah lagi. Sememangnya kita sendiri nak resepi yang simple je kan?

 

Jadi, hari ni jom kita tengok sedikit perkongsian resepi KONFLEKS MADU oleh SEMINIT RESEPI.

 

RESEPI KONFLEKS MADU

Jangan risau untuk bahan resepi konfleks madu ni sebab ianya sangat lah mudah dan senang nak cari & nak buat.

 

Bahan-bahan:

  • 250 gram konfleks
  • 80 gram butter
  • 80 gram madu
  • 100 gram kepingan badam

 

Cara Membuat:

  •  Langkah 1 : Cairkan butter dan madu menggunakan microwave
  •  Langkah 2 : Ramas kasar konfleks dan canpurkan badam
  •  Langkah 3 : Masukkan madu dan butter yang telah dicairkan tadi. Kacau rata
  •  Langkah 4 : Masukkan adunan ke dalam paper cup. Bakar 150 selama 15-20 minit. Sedia dihidang

 

Untuk memudahkan anda, saya share kan bersamanya video resepi konfleks madu.

 

Ha… macam mana? Sangat mudahkan ?  Selamat mencuba !

 

 

Sumber: Seminit Resepi