Gaya Pemakanan Yang Sihat Mengikut Jenis Darah

GAYA PEMAKANAN YANG SIHAT MENGIKUT JENIS DARAH

 

Umumnya mengetahui setiap individu mempunyai jenis darah yang berbeza. Namun, ramai yang tidak tahu jenis gaya pemakanan yang sihat yang bagaimana sesuai untuk setiap jenis darah.

Pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah sama ada darah  A, B, AB dan O akan memberikan kesan positif terhadap tubuh badan seperti keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya ketahanan badan.

Pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisme dalam badan.

 

DARAH JENIS O

Pemilik darah jenis O ini disarankan untuk mengamalkan makanan yang berprotein tinggi seperti daging tanpa lemak, ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran serta melakukan senaman.

Pemilik jenis darah O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan paling penting adalah nasi. Makanan berjeruk juga harus dielakkan kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan jenis darah ini.

 

DARAH JENIS A

Pemilik darah jenis A pula disarankan untuk makan makanan seperti soya, bijirin, sayur-sayuran organic dan melakukan senaman. Individu jenis darah ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dielakkan adalah hidangan laut.

Individu dalam kategori darah jenis A ini kebiasaannya menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah yang lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma dan gangguan pernafasan.

 

DARAH JENIS B

Pemilik darah jenis B perlu makan makanan seperti tenusu, daging, jagung atau gandum dan melakukan senaman yang sederhana serta dinasihatkan tidak mengambil terlalu banyak kekacang.

Golongan darah jenis B ini sangat terdedah dengan penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus. Jadi, mereka perlu mengelakkan pengambilan makanan beku atau makanan dalam tin.

 

DARAH JENIS AB

Mereka yang mempunyai darah jenis AB ini sangat digalakkan untuk mengambil makanan laut, tauhu susu, ayam, daging lembu dan melakukan senaman ringan setiap hari.

Penyakit yang berisiko dijangkiti oleh golongan darah ini adalah sinus, infkesi telingan dan gangguan pernafasan. Mereka juga harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang, ikan laut, semua produk susu dan daging yang diproses.

 

 

Sumber: BlogMahamahu